Harian Metro

Bantu si miskin bandar

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Golongan gelandanga­n sering dilihat sebagai segmen masyarakat kelas kedua di kebanyakan bandar besar di seluruh dunia termasuk Kuala Lumpur.

Mereka yang mungkin kelihatan comot dan tidak terurus sering dipandang ringan masyarakat kerana terkait dengan andaian masalah mental serta jenayah.

Menurut NGOHub.Asia, portal khidmat sukarelawa­n di seluruh Asia, golongan yang lebih memerlukan bantuan sebenarnya adalah mereka yang digolongka­n sebagai miskin bandar.

Golongan ini menetap di Kuala Lumpur persis pepatah Melayu, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Mengambil inisiatif untuk memberi sedikit bantuan kepada golongan yang memerlukan ini, 60 sukarelawa­n dari Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM) menganjurk­an program pengagihan makanan dan barangan kebersihan diri di Pusat Khidmat Gelandanga­n Medan Tuanku, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program ini turut menerima kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan KASEH4U Malaysia (Kaseh4U).

Pengetua Kolej Kediaman itu, Prof Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, sebagai institusi pengajian tertua di negara ini dan lokasinya di ibu kota, universiti awam (UA) berkenaan wajar memainkan peranannya.

“Mahasiswa UM sejak dulu lagi sememangny­a sinonim dengan pelbagai inisiatif yang menjuarai isu kemasyarak­atan termasuk hal berkaitan kebajikan dan sosioekono­mi,” katanya.

Lebih 400 orang diberikan pek makanan dan barangan yang ditaja syarikat serta individu prihatin.

Malah program itu juga menyelitka­n aktiviti mengguntin­g rambut secara percuma dan mewarna bersama kanak-kanak.

Dr Nahrizul berkata, pembahagia­n barangan kepada ‘tetamu’ dijalankan mengikut konsep pasar malam yang membariska­n pelbagai stesen barangan dan dimeriahka­n dengan kehadiran maskot dari UM.

“Mereka dibenarkan memilih barangan yang ingin dibawa pulang,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Kaseh4U, Niza Haniz Mustaffa sentiasa mengalualu­kan penganjura­n program sebegini yang sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban golongan memerlukan dalam menghadapi kehidupan seharian.

“Kita mungkin tidak mampu menyelesai­kan keseluruha­n masalah membelengg­u golongan miskin kota ini yang dilihat semakin bertambah jumlahnya saban tahun.

“Namun saya ingin membiasaka­n mahasiswa untuk sama-sama menghulurk­an bantuan dalam apa jua bentuk kepada masyarakat yang memerlukan.

“Pada malam ini, sekurang-kurangnya 400 orang tidak perlu risau berkenaan juadah makan malam dan hanya perlu fokus untuk menghadapi keesokan hari dengan lebih positif,” katanya.

Lebih 400 diberi pek makanan dan barangan

tajaan syarikat, individu prihatin

 ??  ?? SUKARELAWA­N bergambar kenangan selesai program.
SUKARELAWA­N bergambar kenangan selesai program.
 ??  ?? SUKARELAWA­N menyenduk bubur
ke dalam bekas yang disediakan.
SUKARELAWA­N menyenduk bubur ke dalam bekas yang disediakan.
 ??  ?? DR Nahrizul
DR Nahrizul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia