Harian Metro

HAPPY BOX CERIAKAN SISWA UMT

-

Kesusahan bergelar mahasiswa terutama daripada keluarga yang kurang berkemampu­an sentiasa mendapat perhatian pihak tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT).

Masakan tidak, wang pengajian yang diperoleh perlu digunakan sebaiknya bagi mengelak ia terus habis dengan keperluan yang tidak bermanfaat.

Sejajar dengan kepentinga­n itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Jabatan Bendahari mengambil inisiatif melancarka­n Happy Box.

Bendari UMT,

Zahara Kedri berkata,

Happy Box ialah hasil sumbangan kakitangan Pejabat Bendahari UMT secara sukarela kepada penuntut yang kurang berkemampu­an.

Katanya, buat julung kalinya 50 pek Happy Box yang bernilai RM20 setiap satu diagihkan kepada penuntut.

Program berkenaan boleh dijadikan amalan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar kategori asnaf dan latar belakang keluarga B40.

“Program seperti ini juga dapat memberi kesedaran kepada kita untuk hidup secara sederhana dan secara tidak langsung meringanka­n beban kewangan yang ditanggung penuntut.

“Selain membantu mahasiswa kurang berkemampu­an, program inisiatif ini juga bertujuan menggalakk­an dan mendidik warga UMT khususnya Pejabat Bendahari UMT untuk berkongsi sedikit pendapatan mereka dengan golongan yang kurang berkemampu­an,” katanya pada majlis pelancaran Happy Box.

Majlis dilancarka­n Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Madya Dr Che Ruzaidi Ghazali.

Zahara berharap program itu sedikit sebanyak membentuk nilai murni dan menjadi platform untuk mengeratka­n lagi hubungan kakitangan dan siswa.

“Insya-Allah program ini akan diadakan pada setiap bulan sehingga hujung tahun ini.

“Kami juga akan mengagihka­n kepada kumpulan penuntut yang berlainan supaya lebih ramai dapat menikmati sumbangan ini,” katanya.

Sementara itu, penerima meluahkan rasa gembira kerana inisiatif itu berupaya membantu menampung kos perbelanja­an harian mereka.

Penuntut berharap program itu diteruskan pada masa akan datang supaya pelajar kurang berkemampu­an dibantu.

 ??  ?? ZAHARA menyampaik­an Happy Box kepada penuntut.
ZAHARA menyampaik­an Happy Box kepada penuntut.
 ??  ?? DR Che Ruzaidi melancarka­n gimik perasmian Happy Box.
DR Che Ruzaidi melancarka­n gimik perasmian Happy Box.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia