Harian Metro

MISI KE SUKAN SEA

-

Muhamad Firdaus mantapkan diri rebut tempat wakili negara

diadakan pada waktu tengah hari.

Jadi, dia dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada sesi latihan tanpa mengabaika­n pelajaran yang tetap menjadi keutamaann­ya.

“Ketika sekolah, saya aktif bermain bola sepak namun galakan arwah ibu mendorong saya menyertai olahraga bermula dengan menyertai larian 100 dan 200 meter.

“Pencapaian baik di peringkat sekolah dan daerah melayakkan saya menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sebelum terpilih mewakili Kedah dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2010, 2012 dan 2014 untuk acara lari berpagar 400 meter.

“Penyertaan dalam SUKMA tidak menghampak­an terutama ketika SUKMA 2014 di Perlis apabila dapat membawa pulang pingat emas buat kontinjen dan bertitik tolak dari situ, saya dapat menyertai beberapa kejohanan lain di peringkat universiti termasuk di luar negara,” katanya yang kini menuntut di semester empat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di Universiti Malaya (UM).

Muhamad Firdaus berkata, sesi latihan diadakan setiap hari kecuali Sabtu. Kini dia giat membuat persediaan untuk menyertai Asean University Games 2018 di Myanmar, Oktober ini.

Katanya, latihan itu di bawah bimbingan jurulatihn­ya, Ithnin Mahadi yang banyak memberi galakan untuk terus aktif dalam sukan olahraga selain keluarga dan rakan.

“Buat masa ini saya menetap di asrama disediakan universiti tetapi perlu kerap berulangal­ik ke MSN untuk menjalani latihan.

“Itu sudah menjadi satu rutin harian namun ia berbaloi apabila kerja keras itu melayakkan saya menyertai kejohanan mewakili negara.

“Walaupun sekadar pingat gangsa, saya hargai pengalaman dalam setiap kejohanan yang disertai tidak kira dalam kategori individu atau berpasukan,” katanya yang pernah mewakili negara dalam World University Games 2017 di Taiwan.

Pemuda kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Kulim, Kedah itu berkata, dia akan berusaha meningkatk­an prestasiny­a supaya misinya untuk menyertai Sukan SEA tercapai.

Pada masa sama, dia berhasrat untuk terbabit dalam bidang pengurusan sukan olahraga di negara ini pada masa akan datang.

“Catatan terbaik saya adalah 52.31 saat iaitu ketika menyertai Kejohanan Asean University Games di Laos pada 2012 untuk acara lari berpagar 400 meter.

“Pencapaian itu melayakkan nama saya tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai atlet olahraga bawah 19 tahun yang mempunyai catatan masa terpantas.

“Saya belum berpuas hati kerana sudah lima kali terlepas peluang untuk menyertai Sukan SEA disebabkan pencapaian kurang memuaskan sewaktu pemilihan awal. Saya akan berusaha supaya impian mewakili negara dalam kejohanan itu tercapai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia