Harian Metro

Malaysia Boleh!

-

Tim K.A.T bangga di tempat ke-20 selepas mengembara sejauh 2,347 KM

dilalui sepanjang pengembara­an yang mengambil masa selama seminggu.

“Saya masih lagi tidak percaya dan rasa seperti bermimpi apabila berjaya menukar enam tin Red Bull untuk menempuh perjalanan sejauh 1,500 km dari Gothenburg ke Copenhagen dengan kereta.

“Kami dapat melepasiny­a dan sepanjang pengembara­an, cabaran paling sukar tentunya sewaktu berkomunik­asi dengan masyarakat di sana kerana ada antaranya yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Akan tetapi, semangat berpasukan membantu kami untuk menghadapi cabaran berkenaan dengan tenang sehingga ke garisan penamat di Amsterdam,” katanya.

Batrisyia atau lebih mesra dengan panggilan Trish yang menjadi satu-satunya ahli wanita dalam Tim K.A.T gembira kerana dapat turut serta dalam cabaran itu, sekali gus menimba pengalaman baru yang belum pernah dirasainya sebelum ini.

Dia mengakui bersyukur bukan saja kerana dapat bertahan tetapi muncul sebagai pasukan nombor satu dari Asia yang tiba di garisan penamat.

“Antara pengalaman tidak dapat saya lupakan apabila dapat bermalam di hotel enam bintang di Amsterdam dengan hanya menukar tin minuman Red Bull.

“Memang seronok dapat menginap di situ memandangk­an kami terpaksa tidur di luar termasuk kaki lima beberapa malam sebelumnya,” katanya yang menggalakk­an lebih ramai pelajar Malaysia turut serta pada masa akan datang.

Sementara itu, Syed Abdul Kadir berkata, penyertaan dalam cabaran berkenaan akan menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakann­ya sampai bila-bila.

“Dengan menyertai cabaran itu, kami dapat menguji kemampuan diri selain membuktika­n kepada semua Malaysia Boleh!

“Peluang seumur hidup ini akan menjadi kenangan manis untuk dikenang sepanjang hayat kami. Selain mendapat kenalan baru, kami berpeluang mengenali budaya masyarakat luar dengan berkunjung ke pelbagai tempat menarik di Eropah.

“Walaupun gembira kerana dapat menamatkan cabaran, kami sedih apabila sampai ke penghujung perjalanan di Amsterdam. Kami tidak akan teragak-agak untuk melakukann­ya sekali lagi jika diberi peluang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia