Harian Metro

Ramuan lulur warisan keluarga

-

Norain hasilkan produk herba untuk manfaat wanita bersalin

DARI MUKA H43

“Ketika melahirkan anak keempat, saya berpantang sendiri kerana ibu yang sebelum ini menjaga saya ketika pantang meninggal dunia. Selama ini arwahlah yang sediakan bahan lulur cengkih sebagai pilis semasa melahirkan anak pertama hingga anak ketiga.

“Arwah pula memang bidan kampung dan lulur ini digunakan selepas mengurut orang bersalin, sikit sebanyak ada ilmu yang saya pelajari daripadany­a termasuk menghasilk­an ramuan lulur ini sendiri.

“Saya memang tak sangka perjalanan hidup kami berubah 100 peratus selepas produk yang kami namakan Super Scrub Beauty (SBB) ini membawa rezeki buat kami sekeluarga.

“Jika diingat kembali kepayahan yang dilalui sebelum ini dengan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang tidak menentu betul-betul mengajar kami erti syukur.

“Bayangkan pernah barangan yang dijual suami di pasar malam langsung tidak terjual kerana hujan dan kami terpaksa mengikat perut untuk berjimat cermat,” katanya

Norain berkata, SSB adalah produk herba hasil resipi turun-temurun keluarga itu mengandung­i minyak akar kayu, minyak zaitun, rempah-ratus, buah manjakani selain cengkih sebagai bahan utama.

Jelasnya, keistimewa­an utama SSB ialah mampu membantu mengecutka­n peranakan wanita, sekali gus melangsing­kan badan selain membuang angin dalam badan.

Cara memakainya sangat mudah iaitu hanya dua kali sehari selepas mandi dan pengguna akan rasa panas seketika pada bahagian yang disapu SBB.

Ia boleh disapu di seluruh badan dan satu bekas SSB mampu bertahan antara satu hingga dua bulan mengikut cara penggunaan.

Menurut anak jati Kuala Terengganu ini, pada mulanya dia hanya menghasilk­an 10 botol lulur yang mahu dicuba beberapa rakannya dengan hanya menggunaka­n mesin pengisar yang ada di rumah.

Katanya, rakannya itu mula berminat untuk menjualnya dan sejak itu permintaan semakin meningkat dari sehari ke sehari sehingga dia berjaya menjual 100 botol kepada 10 ejen.

Tempahan semakin meningkat membuatkan Norain perlu membeli mesin pengisar industri yang lebih canggih selepas lima mesin pengisar biasa yang digunakann­ya pecah dan rosak.

Suami yang kasihan melihat kesukaran

Norain menguruska­n tempahan seorang diri akhirnya nekad berhenti berniaga di pasar malam untuk membantuny­a mengembang­kan perniagaan.

“Memang saya akui, perjalanan saya tidak mudah. Ketika itu kami tinggal di rumah flat di tingkat teratas iaitu tingkat empat. Apabila ada tempahan untuk dipos, saya akan turun naik tangga mengangkat bungkusan dengan empat anak kecil.

“Mujurlah suami sanggup membantu dan dia berhenti berniaga kerana melihat saya tidak berdaya menyiapkan tempahan seorang diri,” katanya.

Melihat jualan SSB terus naik mendadak, Norain amat bangga kerana sistem ejen yang ditawarkan berjaya menarik ramai suri rumah hingga ramai antaranya mampu menjana pendapatan sampingan lebih RM1,000 sebulan.

Baginya, kejayaan yang dikecapi kini bukan hasil usahanya seorang diri. Ia turut dibantu suami yang sanggup berkorban demi keluarga tercinta - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? DARIPADA suri rumah, Norain kini bergelar usahawan berjaya.
DARIPADA suri rumah, Norain kini bergelar usahawan berjaya.
 ??  ?? MEMBESARKA­N empat anak yang masih kecil tidak menghalang Norain menjadi usahawan.
MEMBESARKA­N empat anak yang masih kecil tidak menghalang Norain menjadi usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia