Harian Metro

Norfazilah pantang menyerah

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bermula jual nasi lemak kini tauke katering berjaya

Bergelar ibu dan pada masa sama usahawan berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak dugaan dan cabaran terpaksa dilalui antaranya membesarka­n anak-anak juga kerja di luar yang perlu diselesaik­an segera. Tanpa sokongan suami dan si kecil yang mungkin perlu diberi penerangan berulang kali mengenai kerjaya ibu, sudah pasti impian bergelar usahawan sukar direalisas­ikan.

Bagi ibu kepada empat cahaya mata, Norfazilah Jusoh, 38, keinginan untuk berjaya bukan alasan dia mengetepik­an tanggungja­wab kepada keluarga.

“Bagi saya wanita berkerjaya boleh menjadi ibu terbaik untuk anak-anak dengan membahagik­an masa di antara keluarga dan kerjaya. Walaupun sekejap, ibu boleh membawa anak bercuti atau keluar makan bersama. Bagi anak-anak waktu ini sangat istimewa kerana mereka boleh berbual dan bergurau senda dengan lebih dekat. Duit memang boleh dicari, tetapi masa yang hilang tidak berganti,” katanya.

Menyingkap kerjaya sebagai pengusaha katering, jelas Norfazilah, lapan tahun lalu, dia bermula sebagai penjual nasi lemak. Keenakan nasi lemak Norfazilah diakui memang tiada tandingan. Lauk-pauk seperti ayam sambal, udang, sotong dan rendang termasuk nasi kerabu mendapat sambutan bukan saja disebabkan rasanya, tetapi kemesraan dan keramahann­ya. Setiap kali berniaga, tiga tong nasi lemak habis dalam masa tiga jam saja.

Mula menyediaka­n hidangan seawal jam 3 pagi, bagi Norfazilah tiada yang lebih menggembir­akan apabila dapat membantu suami, Mohd Azmanizam Bahruddin, 40, menambah

 ??  ?? NORFAZILAH gigih
mengusahak­an perniagaan katering.
NORFAZILAH gigih mengusahak­an perniagaan katering.
 ??  ?? MEMBAWA keluarga bercuti di Maldives, baru-baru ini.
MEMBAWA keluarga bercuti di Maldives, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia