Harian Metro

Peserta solo ebih menyerlah

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Walaupun negara masih dilanda demam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Gema Gegar Vaganza musim ke-2 (GGV2) melabuhkan tirai dengan tenaga dan keunikan tersendiri, Sabtu lalu.

Pengurus Saluran

Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, selama dua tahun pengalaman mengendali­kan GGV, mereka sudah mempunyai pengalaman tersendiri.

“Syukur kerana berjaya mengharung­inya dalam suasana PRU14, jadi demam bercampur aduk. Selama dua tahun GGV bersiaran, kami sudah nampak kelemahan dan kelebihan serta kekuatanny­a.

“Jika dilihat barisan juri seperti Oki Setiana

Dewi sebagai juri mewakili Indonesia serta peserta Awi Rafael dan Adeep Nahar yang mewakili Singapura, anda pasti sedar kami sudah mula meneroka pasaran luar,” katanya.

Ditanya sama ada GGV akan diteruskan bagi musim ketiga atau tidak, Fuad melihatnya dari sudut positif, namun belum meletakkan sebarang janji kepada peminat GGV.

Bercakap mengenai malam akhir GGV, perbezaan markah antara juara dan naib juara agak mengejutka­n iaitu 0.3 markah saja.

Juara, Fitri Haris mengumpul markah keseluruha­n sebanyak 89.3 manakala naib juara, Adeep Nahar mencatat 89 markah.

Perbezaan jumlah markah dengan tempat ketiga yang menjadi milik Awi Rafael boleh dianggap jauh iaitu 79.6 markah.

Juri tetap, Farihin Abdul Fatah berkata, ketika minggu empat dia sudah menjangkak­an ada satu paten iaitu potensi peserta solo dilihat meningkat pada minggu akhir.

“Masing-masing ada aura istimewa yang tidak dapat saya jelaskan.

Secara mingguan, paten persembaha­n dan kedudukan mereka sudah boleh dijangka, tapi tidak boleh ketepikan peserta kumpulan kerana mereka juga sangat hebat.

“Tahun lalu, peserta kumpulan berada di Top 3 dan tahun ini sebaliknya kerana peserta solo lebih menyerlah,” katanya.

Komposer dan penerbit popular dengan irama nasyid ini berkata, GGV membabitka­n faktor persembaha­n yang bermesej, bukan sekadar nyanyian serta susunan muzik yang terbaik saja.

Malah, dia sendiri tidak menjangka peserta solo akan lebih menyerlah tapi di pentas, logik akal seharusnya diletak ke tepi.

Hal sama dikongsika­n juri Oki. Katanya, ke mana-mana saja dia pergi dan bertembung dengan peminat GGV di lapangan terbang, mereka akan bercakap mengenai peserta solo.

“Perbezaan markah 0.3 antara kedua-dua juara ini pun sebab kami sendiri masih keliru, siapa yang

 ??  ?? JUARA GGV, Fitri
(tengah) diapit Adeep (kiri) dan Awi.
JUARA GGV, Fitri (tengah) diapit Adeep (kiri) dan Awi.
 ??  ?? ADEEP juga sebagai pelatih vokal GGV.
ADEEP juga sebagai pelatih vokal GGV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia