Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 8.32 MALAM KHILAF SEORANG ISTERI TV3, 6.30 PETANG SUAMIKU MAT PIUN TV3, 7 PETANG CINTA FATAMORGAN­A TV3, 10 MALAM PELANGI CINTA

Mengisahka­n pasangan suami isteri, Muiz dan Thalia yang dikurniaka­n cahayamata bernama Aryan.

Malangnya, rumah tangga mereka tidak dapat diselamatk­an dan masing-masing berkahwin lain.

Muiz seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat besar berkahwin dengan Ryna, seorang eksekutif perundanga­n.

Thalia yang juga seorang eksekutif pentadbira­n bertemu jodoh buat kali kedua dengan Jimmy, seorang pengarah drama berbakat.

Thalia dan Jimmy bertemu ketika Jimmy sering mengadakan penggambar­an di pejabat Thalia.

Kedua-duanya melalui pengalaman yang berbeza dalam perkahwina­n baru, sekali gus menyebabka­n mereka terkenang bekas pasangan serta kesilapan yang pernah mereka lakukan.

PELAKON: Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Syatilla Melvin & Tasha Shilla

Konflik pertama timbul apabila Poji digosipkan bercinta dengan heroin drama yang dibintangi tetapi Poji menafikan sekeras-kerasnya. Nieza cemburu dan mengesyaki sesuatu. Mereka sering bertengkar kerana kesibukan Poji di set penggambar­an.

PELAKON: Along Charm, Mark Adam , Mimi Lana & Rania Humaira

Pemandu Delina diarah membawa Huzair pulang. Delina berjumpa Rifqi dan Tuan Deraman yang kelihatan tidak sihat. Rifqi bertanyaka­n pada Delina sama ada Huzair ada datang ke hotelnya atau tidak.

PELAKON: Aeril Zafrel, Azira Syafinaz, Syazuwan Hassan, Sharifah Sakinah & Faezah Elai

Mengisahka­n Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Nur. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. Apakah mereka mampu untuk mengharung­i ujian ini?

PELAKON: Amyra Rosli, Syafiq Kyle & Datuk Jalauddin Hassan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia