Harian Metro

Jagalah tutur kata

-

Sejak minggu lalu, selebriti tanah air tanpa berselindu­ng menunjukka­n pendirian masing-masing dalam memilih pemimpin berkaliber.

Situasi itu kemudian mula membuka ruang kepada netizen untuk menuduh, menghakimi dan tidak kurang juga mencerca mereka.

Pun begitu, dalam usaha memerangi buli siber seperti yang diuar-uarkan, ia sepatutnya bermula daripada mereka yang berpengaru­h terutama yang mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.

SS tidak nafikan, ada segelintir netizen yang selayaknya dicarutkan saja kerana komen mereka yang berbaur provokasi serta menyinggun­g perasaan.

Bagaimanap­un, adakah dengan membalas komen mereka menggunaka­n kata-kata kesat mampu memberikan kesedaran kepada netizen berhati busuk itu? Bukankah itu juga salah satu contoh buli siber?

Balasan pada komen berkenaan akan membuka ruang pada pengikut lain di laman sosial untuk turut sama menghentam individu berkenaan.

SS juga sedar, membalas komen negatif dengan perkataan yang baik-baik juga mungkin tidak akan membuka mata bahawa dia melakukan kesilapan. Namun, kita ini sedang mengumpul saham akhirat. Sama-sama berusaha menuju kebaikan. Jaga tutur kata.

Apa yang kita tulis dan tersebar di Internet akan kekal di situ hingga ke anak cucu. Malulah kalau suatu hari nanti anak cucu melihat perangai buruk kita. Jangan pula terkejut apabila mereka turut sama melemparka­n carutan yang suatu ketika dahulu pernah kita gunakan.

Teguran ini bukan hanya kerana isu yang kini hangat diperkatak­an tetapi sudah beberapa kali SS perhatikan ada selebriti yang sama ‘keras’ dengan golongan pembenci mereka.

Apabila kita melaungkan sesuatu perkara baik, seharusnya diri sendiri menunjukka­n sisi perjuangan itu.

SS: Usah lupa, budi bahasa menunjukka­n peribadi kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia