Harian Metro

Bahana sanggup jadi ‘keldai dadah’

-

Kuala Lumpur: Mudah gelap mata dengan imbuhan wang menyebabka­n masih ramai ‘keldai dadah’ wanita sanggup menjalanka­n misi maut menyeludup dadah ke negara jiran Indonesia.

Terbaru seorang gadis warga Malaysia berusia 21 tahun diberkas pihak berkuasa Indonesia selepas didapati membawa masuk dadah syabu ke negara itu.

Dalam kejadian Khamis lalu, suspek dikenali sebagai Syarifah ditahan pihak berkuasa ketika berada di Jalan Tien Soeharto, wilayah Nunukan, Kalimantan Utara.

Sumber berkata, suspek ditahan sekitar jam 8 malam, Rabu lalu, selepas pihak polis mendapat maklumat berhubung suspek mencurigak­an itu.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut menemui sejumlah dadah syabu serta peralatan menagih syabu milik suspek berasal dari Tawau, Sabah itu,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang gadis muda berusia 25 tahun turut diberkas selepas dikesan cuba menyeludup dadah syabu dibawa dari Malaysia.

“Suspek warga Indonesia ditahan sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegr­a Bandung, Indonesia.

“Suspek dikesan menggunaka­n taktik melekatkan bungkusan dadah pada kedua-dua pehanya.

“Suspek yang disoal siasat mendakwa berkenalan dengan seorang lelaki warga Afrika di Kuala Lumpur yang kemudian mengupahny­a menyeludup dadah seberat 665 gram,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia