Harian Metro

Tak sempat joli

- Teoh Pei Ying dan Mohd Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

 Empat penyamun kedai barang kemas ditahan

Empat penjenayah yang melarikan barang kemas bernilai RM2 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya di Saujana Impian, di sini, Jumaat lalu, tidak sempat berjoli sakan apabila diberkas polis, kelmarin.

Penjenayah terbabit ditahan di sebuah premis di pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan dalam serbuan jam 3 petang untuk membantu siasatan kes rompakan berkenaan.

Sumber berkata, hasil serbuan itu turut berjaya menemui barang kemas yang dilarikan empat lelaki bersenjata­kan pistol, tukul dan parang dalam kejadian berkenaan.

Katanya, pemilik kedai emas yang dirompak sudah membuat pengecaman terhadap barang kemas dirampas dan mendapati ia dari premisnya.

“Bertindak daripada maklumat diterima, dengan bantuan polis Negeri Sembilan membuat serbuan di sebuah premis di pusat bandar Seremban dan ketika itu ada empat lelaki di lokasi.

“Semua mereka yang berusia awal 30-an hingga 60-an ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar NSTP melaporkan empat lelaki bersenjata­kan pistol, tukul dan parang melarikan sembilan dulang barang kemas dalam kejadian samun di kedai emas berkenaan.

Dalam kejadian jam 1.36 tengah hari itu, empat suspek memakai topi keledar berpenutup muka penuh dan sarung tangan masuk ke dalam premis sebelum memecahkan cermin pameran barang kemas.

Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan dan polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, antara barang dirampas adalah telefon bimbit, kenderaan milik suspek, pelbagai rantai leher, gelang emas pelbagai bentuk, lebih 50 gelang tangan, loket dan sebuah beg berwarna biru.

“Pemilik kedai emas sudah mengenalpa­sti barang kemas berkenaan dan hasilnya positif,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 12 Mei lalu.
LAPORAN Harian Metro 12 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia