Harian Metro

Kanak-kanak hilang ditemui dalam parit selepas 24 jam hilang

-

Selepas hampir 24 jam hilang, seorang kanak-kanak perempuan hiperaktif berusia dua tahun ditemui cedera dalam parit sedalam lebih satu meter di sebuah ladang kelapa sawit di Sengkang, Pasir Panjang di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, kanak-kanak itu disedari hilang dari rumahnya di Kampung C, Batu 18, di sini, jam 4.30 petang kelmarin.

Katanya, ahli keluarga dan penduduk kampung cuba mencari mangsa di kawasan sekitar termasuk di ladang kelapa sawit berkenaan sehingga jam 4.50 pagi semalam, namun gagal.

“Ibu bapa mangsa kemudian menghubung­i kami jam 4.55 pagi untuk mendapatka­n bantuan. Seramai 24 anggota dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu penduduk kampung serta polis,” katanya.

Mohd Kamal berkata, pihaknya memulakan pencarian di sekitar ladang itu jam 5.20 pagi semalam dengan membahagik­an pasukan kepada tiga kumpulan.

“Selepas sembilan jam mencari, mangsa ditemui dalam parit berkedalam­an lebih satu meter jam 2.25 petang tadi (semalam). Kami dapati mangsa cedera ringan pada kepala, tangan dan kaki selain calar dan lebam di beberapa bahagian badan,” katanya. Beliau berkata, lokasi kanak-kanak itu ditemui kira-kira dua kilometer dari rumah keluargany­a.

“Hasil siasatan awal, ibu bapa mangsa berusia 40-an memaklumka­n anak mereka hiperaktif. Ini bukan kejadian pertama kerana kanak-kanak itu pernah hilang sebelum ini,” katanya.

Mohd Kamal berkata, kejadian itu bukan disebabkan masalah keluarga atau penculikan sebaliknya kanak-kanak terbabit keluar sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia