Harian Metro

Mualaf buntu hilang punca pendapatan

-

Klang: Seorang peniaga mualaf hilang punca pendapatan apabila gerai miliknya antara 16 premis yang musnah terbakar di Jalan Sena, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, deretan gerai makanan milik Majlis Perbandara­n Klang (MPK) berkenaan rentung, manakala enam lagi premis terselamat selepas api berjaya dipadamkan bomba.

Mangsa, Yusof Abdullah, 47, berkata, dia menjalanka­n perniagaan menjual mi kari di gerai yang disewanya itu sejak tiga tahun lalu.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur di rumah dan terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kebakaran itu lalu bergegas ke lokasi berkenaan.

“Setibanya di situ, luluh hati ini apabila melihat gerai saya sudah musnah sepenuhnya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Yusof yang tinggal bersendiri­an berkata, dia kini buntu kerana tidak mempunyai pekerjaan lain.

“Semua barangan memasak dan menyediaka­n mi kari musnah dalam kebakaran ini.

“Saya kini cuba menyelamat­kan sisa kebakaran yang mungkin masih boleh digunakan,” katanya yang kerugian lebih RM10,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, seramai 14 pegawai dan anggota termasuk dari BBP Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Bomba mengambil masa lebih dua jam untuk memadamkan kebakaran itu daripada merebak ke keseluruha­n 22 premis itu.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia