Harian Metro

Mengengsot 5,350 meter

- Wan Jailani Razak wanjai@bh.com.my

 Lelaki kurang upaya bukti kemampuan daki kem induk Gunung Everest

Semangat kental membolehka­n pendaki yang kudung kedua-dua kaki, Azrulkhan Hasrullah atau Adam mendaki hingga ke Thugla, pada ketinggian 4,600 meter (m) dengan hanya mengengsot.

Dia memulakan pendakian dengan mengengsot dari Lukhla, Kathmandu, pada 2 Mei lalu, untuk sampai ke kem induk Everest yang berketingg­ian 5,350 meter dari aras laut.

Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in atau Qobin selaku penaja ekspedisi Adam berkata, banyak rintangan terpaksa dilalui Adam sepanjang pendakiann­ya yang masuk hari ke-14, hari ini (semalam).

“Adam terpaksa mengengsot dalam keadaan bersalji, tanah yang becak, tahi Yak (sejenis lembu bertanduk panjang dan berbulu tebal) yang banyak, oksigen yang kurang serta pendakian yang panjang.

“Setiap hari beliau mendaki sejauh empat kilometer (km) hingga enam km dalam masa lapan jam hingga 10 jam,” kata Penjelajah Grand Slam pertama negara itu kepada wartawan.

Qobin berkata, Adam ketika menghubung­inya menerusi pesanan WhatsApp kini dalam keadaan sihat dan sentiasa bersemanga­t untuk mencapai impiannya.

Katanya, semalam Adam mendaki ke Lobuche, yang berketingg­ian 4,900 meter dan dijangka tiba di Kem Induk Everest dalam masa tiga hari lagi.

Beliau sehubungan itu mengajak rakyat negara ini mendoakan yang terbaik buat Adam supaya dia berjaya mencapai misi dalam keadaan selamat.

“Saya begitu terharu dan berbangga kerana Adam walaupun tidak berkaki, keazamanny­a untuk mencapai impian sangat tinggi. Beliau memberi suntikan inspirasi kepada kita agar tidak cepat mengalah dengan kekurangan yang ada,” katanya.

Misi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Kem Induk Everest 2018 itu diketuai oleh Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.

Qobin berkata, misi berkenaan diharap dapat membuktika­n kepada dunia bahawa setiap rakyat Malaysia tidak kira siapapun, mampu mencapai misi besar buat negara.

 ??  ?? ADAM (depan berbaju merah) memulakan misi untuk menjejakka­n kaki ke kem induk Everest.
ADAM (depan berbaju merah) memulakan misi untuk menjejakka­n kaki ke kem induk Everest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia