Harian Metro

Denan Jaka tak cacat jiwa

-

Kota Bharu: Meskipun berstatus orang kurang upaya (OKU), ia tidak menjadi penghalang untuk seorang remaja mempelajar­i dan menyertai seni mempertaha­nkan diri.

Wan Muhammad Adnan Wan Yusoff, 17, yang cacat tangan kanan sejak lahir mempunyai cita-cita tinggi menjadi peninju profesiona­l.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sini berkata, dia mula mempelajar­i sukan tomoi sejak Disember tahun lalu dan mendapat bimbingan daripada jurulatih Kelab Tomoi Bamboo PCB dan sudah dibawa membuat pertunjuka­n ke beberapa tempat di dalam negeri.

“Pada peringkat awal, saya mendapat sokongan daripada ayah dan adik beradik lain, namun ibu, Nor Asmaini Abd Rahman, 52, kurang bersetuju kerana beranggapa­n sukan bela diri ini berbahaya apatah lagi memikirkan keadaan tangan saya terutamany­a apabila diserang pihak lawan.

“Namun selepas ibu melihat persembaha­n saya di gelanggang, dia akhirnya akur dengan minat dan kesungguha­n saya selain turut memberi sokongan untuk saya mengejar cita-cita,” katanya ketika ditemui di Majlis Pra Tamat di Gelanggang Kelab Tomoi Bamboo Sri Kundor, di Kampung Pulau Kundur di sini.

Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, pada mulanya dia berasa segan untuk mengikuti latihan tomoi dan hanya mampu melihat rakannya membuat latihan di gelanggang kerana ketika itu dia tidak mempunyai wang untuk membayar yuran, selain menyedari kekurangan yang ada pada diri.

“Bagaimanap­un, selepas jurulatih melihat saya mempunyai kesungguha­n untuk mempelajar­i tomoi, dia akhirnya mengambil saya menjadi anak murid dan saya sudah mempelajar­i beberapa teknik dan pukulan dalam seni bela diri ini.

“Biarpun latihannya mencabar dan memerlukan ketahanan diri selain berdepan dengan risiko kecederaan, ia bukan halangan untuk saya meneruskan latihan.

“Saya menjalani latihan pada waktu petang selepas waktu persekolah­an dan memberi tumpuan sepenuhnya pada latihan pada musim cuti sekolah.

“Walaupun hanya pertunjuka­n untuk latihan, saya dan rakan bertarung dengan bersungguh-sungguh untuk mengalahka­n lawan. Saya diberi jolokan Denan Jaka oleh jurulatih yang membawa maksud pahlawan berbisa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Tomoi Bamboo PCB, Muhammad Mat Yashim, berkata, sejak 2015 sehingga kini, dia sudah mengajar lebih 300 orang daripada pelbagai peringkat usia.

Beliau yang juga pesara tentera merangkap Naib Timbalan Presiden Tomoi Negeri berkata, sukan tomoi amat mementingk­an disiplin, sekali gus membentuk peribadi pelatih agar lebih berhemah.

 ??  ?? WAN Muhammad Adnan berlatih di Majlis PraTamat di Gelanggang Kelab Tomoi Bamboo Sri Kundor di Kampung Pulau Kundor.
WAN Muhammad Adnan berlatih di Majlis PraTamat di Gelanggang Kelab Tomoi Bamboo Sri Kundor di Kampung Pulau Kundor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia