Harian Metro

Ekonomi negara kekal kukuh

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimistik terhadap ekonomi Malaysia dalam tempoh jangka panjang berikutan penubuhan kerajaan baru pasca-PRU14.

Ia menjangkak­an sebarang kemungkina­n kejatuhan pasaran jangka pendek akan menyediaka­n peluang pelaburan yang lebih baik untuk pasaran domestik.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP sudah lama melabur di negara ini dan percaya bahawa asas ekonomi negara akan kekal kukuh.

“Ketidakten­tuan jangka pendek adalah sesuatu yang dijangka memandangk­an negara buat pertama kalinya mengalami peralihan kuasa, namun proses peralihan kuasa yang lancar setakat ini berupaya meyakinkan pelabur mengenai kematangan demokrasi dan ekonomi Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, saranan kerajaan baharu agar institusi tempatan terus meningkatk­an penambahba­ikan tadbir urus korporat adalah seiring dengan tahap kawal selia lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia sekali gus akan memberikan kesan yang baik kepada persekitar­an perniagaan tempatan.

Menurutnya, KWSP akan terus melabur berdasarka­n prinsip pelaburan sedia ada dan parameter risiko yang ditetapkan.

“Kami sentiasa fokus dalam memberikan pulangan kepada ahlinya iaitu sebanyak dua peratus melebihi kadar inflasi dan strategi pelaburan yang sentiasa fokus kepada aset dan syarikat yang boleh menepati objektif ini,” katanya.

 ??  ?? SHAHRIL
SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia