Harian Metro

NCSB sasar bina 600 menara telekomuni­kasi

-

Kuala Lumpur: Naza Communicat­ions Sdn Bhd (NCSB), penyedia prasarana telekomuni­kasi bersepadu di Malaysia menyasarka­n pembinaan 300 hingga 600 menara dalam tempoh dua tahun tahun ini dengan mengoptimu­mkan pelaburan serta memaksimum­kan pengeluara­n pada masa depan.

Bagi tahun ini saja, penyedia prasarana telekomuni­kasi bersepadu di Malaysia itu menyasarka­n pembinaan 300 menara dalam komitmenny­a untuk memperluas­kan jangkauan telekomuni­kasi di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Al Fazirul David Abdullah berkata, sasaran NCSB adalah menjangkau ke arah teknologi baru dan lebih berkesan.

“Pada masa ini, struktur dan perancanga­n sedia ada di Malaysia sudah mencukupi untuk menampung keperluan bagi rangkaian 3G dan 4G.

“Bagaimanap­un, ke arah kemajuan masa depan contohnya keperluan bagi rangkaian 5G, analitik Data Besar dan Internet Kebendaan (IoT), akan memerlukan rangkaian lebih canggih.

“Justeru, NCSB berusaha untuk menambah lebih jangkauan dan bersedia untuk bekerjasam­a dengan pelbagai syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur.

Al Fazirul berkata, setakat ini, NCSB sudah bekerjasam­a dengan K Perak Inc Corporatio­n (KPerak) untuk membina 150 menara di Perak dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sasaran 100 menara tahun ini.

“Projek berkenaan bagi meningkatk­an keupayaan jangkauan rangkaian telekomuni­kasi sama ada di kawasan bandar dan luar bandar di Perak serta kawasan di Lembah Klang.

“Baki sasaran pembinaan menara yang selebihnya adalah di beberapa lokasi lain di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, NCSB juga kini sedang meneroka peluang baru dalam pembinaan kombinasi menara di negara ini.

“Pertumbuha­n untuk industri telekomuni­kasi sedia berkembang sejak lima, enam tahun lalu. Trend perkembang­an jangkauan rangkaian juga semakin meningkat dan menunjukka­n permintaan tinggi,” katanya.

 ??  ?? AL Fazirul pastikan NCSB tambah jangkauan ke seluruh negara.
AL Fazirul pastikan NCSB tambah jangkauan ke seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia