Harian Metro

Aplikasi bantu jaga kereta

Maxx ‘N Go sasar kembang perkhidmat­an ke seluruh negara menjelang Ogos depan

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

Aplikasi mudah alih bantuan penjagaan kereta, Maxx ‘N Go menyasar untuk mengembang­kan perkhidmat­an berkenaan ke seluruh negara menjelang Ogos depan.

Maxx ‘N Go adalah aplikasi yang membantu pengguna menguruska­n pertukaran minyak enjin dan servis kereta di mana saja mengikut kesesuaian masa pelanggann­ya.

Ketua Eksekutif Maxx ‘N Go, Patrick Tam berkata, pada masa ini tumpuan pihaknya lebih terarah di kawasan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru kerana permintaan bagi perkhidmat­annya agak tinggi.

“Kami akan mengembang­kan perkhidmat­an ini di negeri lain di Semenanjun­g Malaysia secara berperingk­at dan seterusnya ke Sabah dan Sarawak.

“Kami juga meningkatk­an lagi portfolio perkhidmat­an ditawarkan di samping menambah jumlah muat turun aplikasi Maxx ‘N Go bagi mendapat jangkauan pengguna lebih banyak,” katanya di majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) bersama Vision Ventures Management Berhad (VVM), di sini.

MoU berkenaan dimeterai bertujuan membuka jalan bagi lebih banyak kerjasama dalam peluang perniagaan baru.

Hadir sama, Ketua Teknikal Maxx ‘N Go, Tengku Djan Ley, Ketua Operasinya, Alan Tam dan juga Duta Media yang baru dilantik, Auguste Kwan.

Dalam majlis yang sama, syarikat berkenaan turut melancarka­n dua produk baru iaitu Maxx Hero Roadside Assistance (MHRA) dan keahlian Maxx Saver bagi meningkatk­an pegangan pasaran mereka.

Menurut Tengku Djan, Maxx ‘N Go mereka pelan pelaksanaa­n bagi mengekalka­n kadar kepuasan penguna yang tinggi terhadap jenamanya.

“Kami percaya dengan aspek kepuasan pengguna apabila ia menjadi pemacu utama bagi pertumbuha­n menguntung­kan pada tahun ini,” katanya.

Misi Maxx ‘N Go untuk menyediaka­n penyelesai­an pintar dan keselesaan maksimum kepada semua pemilik kenderaan.

 ??  ?? PATRICK (kiri) bersama Pengarah Urusan VVM, Orson Teow menandatan­gani perjanjian persefaham­an di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
PATRICK (kiri) bersama Pengarah Urusan VVM, Orson Teow menandatan­gani perjanjian persefaham­an di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia