Harian Metro

Janji musnah

Korea Utara adakan majlis letupkan terowong di depan media asing pada hujung Mei

- Reuters

Korea Utara akan memusnahka­n tapak ujian nuklear negara itu antara 23 hingga 25 Mei ini sebelum sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) dan berjanji meletupkan terowong berkenaan di depan media asing yang dijemput khas.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA berkata, pemusnahan tapak ujian nuklear Punggye-ri membabitka­n meruntuhka­n semua terowongny­a menggunaka­n letupan, menyekat laluan masuk dan membuang semua kemudahan pengawasan, bangunan penyelidik­an serta pos keselamata­n.

“Institut Senjata Nuklear dan semua institusi berkaitan mengambil langkah teknikal untuk memusnahka­n tapak latihan ujian nuklear di utara bagi memastikan ketelusan penamatan ujian nuklear,” kata KCNA dalam satu kenyataan.

Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bakal bertemu di Singapura pada 12 Jun depan dalam perjumpaan pertama seumpamany­a.

Pengumuman itu dipuji Trump yang berkata di Twitter: “Terima kasih, satu

Institut Senjata Nuklear dan semua institusi berkaitan mengambil langkah teknikal untuk memusnahka­n tapak latihan ujian nuklear di utara bagi memastikan ketelusan penamatan ujian nuklear”

KCNA

tindakan yang bijak dan baik hati.”

Namun pengkritik memberi amaran, Pyongyang masih belum menyatakan sebarang komitmen dalam menyerahka­n semua senjata milik mereka, termasuk peluru berpandu yang berkeupaya­an terbang hingga ke AS.

Punggye-ri di timur laut Korea Utara sebelum ini menjadi lokasi semua enam ujian nuklear termasuk yang terakhir dan paling kuat pada September tahun lalu, dikenali sebagai H-bomb, menurut Pyongyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia