Harian Metro

SUDAH SEDIA BELA DIRI

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Pemain badminton profesiona­l negara, Zulfadli Zulkiffli sudah bersedia untuk membela diri selepas didapati bersalah mengatur perlawanan dan akan mengemukak­an rayuan kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam masa terdekat.

Bekas juara remaja dunia itu berkata, dia menyerahka­n sepenuhnya kepada peguamnya berhubung proses rayuan kepada badan induk badminton dunia itu.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan semua bukti bagi mempertaha­nkan dirinya selepas mendakwa BWF tidak mempunyai bukti kukuh ketika menjatuhka­n hukuman sebelum ini, Zulfadli berkata: “Saya serahkan semua kepada peguam saya.

“Saya berdoa agar rayuan dibenarkan

BWF. Saya akan mengemukak­an rayuan sebelum 21 Mei ini,” kata Zulfadli ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsAPP.

Zulfadli yang digantung selama 20 tahun dan denda AS$25,000 (RM98,000) kerana bersalah mengatur perlawanan menerima perkhabara­n gembira apabila BWF memaklumka­n yang dia tidak perlu menjelaska­n bayaran denda berkenaan bagi mengemukak­an rayuan.

Sebaliknya, denda hanya perlu dibayar sebaik proses rayuan selesai.

“Peguam saya sebelum ini menulis kepada BWF dan meminta penangguha­n pembayaran denda sehingga rayuan didengar. Syukur, permohonan itu dibenarkan oleh BWF,” kata Zulfadli

yang juga bekas juara remaja Asia.

Ketika sesi pendengara­n kes berkenaan dijalankan di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu, Zulfadli diwakili peguam, Datuk Joshua Kevin dan pasukannya daripada Kevin & Co.

Pemain berusia 25 tahun itu ketika sidang medianya dua minggu lalu, menafikan dia terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan dan mendakwa menjadi mangsa penindasan BWF yang menjatuhka­n hukuman tanpa bukti kukuh selain tidak diberi keadilan sewajarnya bagi membela diri.

Bagaimanap­un, menurut laporan penuh tiga ahli panel bebas dilantik BWF yang diketuai James Kitching selain Sylvia Schenk dan Annabel Pennefathe­r yang mengadili sesi pendengara­n di Singapura mendapati Zulfadli dan seorang lagi pemain, Tan Chun Seang terbabit mengatur perlawanan dalam enam kejohanan Grand Prix Emas Terbuka

London 2013, GP Terbuka Belanda 2013, GP Emas Terbuka Korea, GP Terbuka Macau 2014, GP Terbuka Amerika Syarikat 2014 dan GP Emas Terbuka Brazil 2016.

Dalam laporan itu menyatakan BWF mengekstra­k perbualan WhatsApp antara Zulfadli dengan Chun Seang melalui telefon pintar mereka.

Ia perbualan merangkumi tempoh 15 bulan antara 27 September 2013 hingga 12 Disember 2014.

Laporan itu juga menyebut Zulfadli terbabit dengan 27 pelanggara­n Kod Tatatertib 2012 dan empat Kod Tatatertib 2016 pertaruhan dan mengatur perlawanan manakala Chun Seang pula didapati terbabit dalam 26 pelanggara­n Kod Tatatertib 2012.

Kegiatan mereka mula terbongkar selepas BWF menerima aduan daripada seorang pemain tidak didedahkan namanya yang mendakwa dihubungi Zulfadli bagi tujuan mengatur perlawanan ketika Terbuka Brazil 2016 yang menjurus kepada siasatan dijalankan badan induk badminton dunia itu.

Chun Seang digantung 15 tahun serta denda AS$15,000 (RM59,000).

 Zulfadli serah peguam kemuka rayuan kepada BWF dalam masa terdekat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia