Harian Metro

Yea Ching sukar percaya dipilih ke Piala Uber

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Goh Yea Ching (gambar) mengakui masih terkejut selepas namanya disenaraik­an untuk beraksi pada Piala Uber dari 20 hingga 27 Mei ini di Bangkok dan ia ibarat mimpi menjadi kenyataan.

Menurut pemain berusia 21 tahun itu, Piala Uber adalah kejohanan besar sama seperti Sukan SEA dan Komanwel, yang menarik perhatian sesiapa saja untuk mengambil bahagian walaupun sekali seumur hidup.

“Saya rasa amat bertuah kerana berada dalam skuad ini dan ini juga kali pertama saya menyertai Piala Uber,” katanya ketika dihubungi semalam.

Yea Ching sebelum ini diberi peluang untuk beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia (kelayakan Piala Uber) dan berjaya menampilka­n persembaha­n terpuji walaupun hanya menjadi gandingan bidan terjun bersama Chow Mei Kuan.

Ujar pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, pada mulanya dia tidak mahu memikirkan mengenai peluangnya disenaraik­an dalam skuad itu dan menyerahka­n semuanya kepada ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak yang akan memilih pemain terbaik untuk pasukan.

“Bagaimanap­un, sekarang saya berasa sangat gembira dan bangga kerana berada dalam skuad ini,” katanya yang muncul naib juara Terbuka Finland dengan pasanganny­a Yap Cheng Wen.

Ditanya mengenai sasaran peribadiny­a di Bangkok, Yea Ching mengakui dia berazam memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk turun beraksi.

“Jika saya tidak diturunkan saya masih rasakan boleh pelajari sesuatu ketika berada dalam pasukan ini di sana nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Yea Ching juga mengakui skuad kali ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tidak memiliki kelebihan dari segi kemahiran individu atau strategi.

“Saya rasa kami memiliki kelebihan dari segi strategi menukar pasangan, jadi kami mempunyai banyak gandingan yang boleh diturunkan untuk saingan kali ini.

“Pasukan lain dalam Kumpulan D memang amat kuat terutama China dan Indonesia namun kami lebih senang dilabel sebagai pasukan bukan pilihan. Kami hanya turun dan berjuang habis-habisan,” katanya.

Selain Yea Ching, pemain beregu wanita yang berada dalam skuad itu adalah Vivian Hoo, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Soong Fie Cho dan Tee Jing Yi manakala perseorang­an pula terdiri daripada Soniia Cheah, Goh Jin Wei, Lee Ying Ying dan S

Kisona.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia