Harian Metro

Petra menyengat

- AFP

 Julang kejuaraan kali ketiga di Terbuka Madrid WTA

PKvitova menjuarai kejohanan tenis Terbuka Madrid WTA buat kali ketiga, awal pagi semalam tetapi terpaksa mengharung­i aksi maraton sebelum menewaskan pemain Belanda, Kiki Bertens 7-6 (8/6), 4-6, 6-3.

Sesudah menambah koleksi kejuaraann­ya di Madrid selain 2011 dan

etra

(gambar)

2015, Petra yang juga pemain nombor 10 dunia begitupun pantas menafikan dia kini dilabel calon utama untuk memenangi Terbuka Perancis.

Menyifatka­n potensi menjuarai gelaran di Roland Garros sebagai “gila”, kejayaan di Madrid adalah yang keempat buat pemain dari Republik Czech itu tahun ini selepas kejuaraan di St Petersburg, Doha dan minggu lalu di Prague.

Pada aksi yang berlangsun­g dalam cuaca sejuk di ibu negara Sepanyol itu, Petra memerlukan dua jam 51 minit sebelum menang ke atas Kiki yang tidak diletakkan sebagai pilihan tetapi berjaya menyingkir­kan bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova dan Caroline Wozniacki untuk ke final. “Perasaanny­a manis tapi ia juga pelik,” kata Petra, 28, yang muncul pemain wanita pertama memenangi tiga gelaran di Madrid.

“Malah apabila tiba dari Prague minggu lalu, saya tidak fikir saya boleh berada di final, memenangi trofi berturut-turut. Badan saya juga letih, jadi saya amat terkejut badan saya dapat menanganin­ya.

“Setiap gelaran rasa hebat. Muncul juara tiga kali di Madrid, ia amat bermakna. Ia tidak berlaku setiap hari, jadi saya amat bangga dengan diri sendiri.”

Selepas berhempas-pulas di Madrid, Petra yang juga juara Wimbledon dua kali, mengumumka­n dia tidak akan beraksi pada Terbuka Itali, minggu depan.

Dengan empat gelaran sudah dimenangi tahun ini dua di gelanggang tanah liat - Petra begitupun tetap merendah diri mengenai peluangnya untuk menjuarai Grand Slam Terbuka Perancis dua minggu lagi.

“Ia gila,” katanya. “Anda tahu, saya pernah berada di separuh akhir. Mungkin saya boleh bermain dengan baik di sana. Tapi dari satu sudut, saya tahu ia cukup sukar.”

 ??  ?? PETRA bersama trofi dimenangin­ya.
PETRA bersama trofi dimenangin­ya.
 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia