Harian Metro

Simpson pendahulu Kejuaraan Pemain-Pemain

-

Ponte Vedra Beach, Amerika Syarikat: Webb Simpson mendahului dengan rekod tujuh pukulan menjelang pusingan akhir Kejuaraan Pemain-Pemain apabila catatan empat bawah par 68 awal pagi semalam memberikan­nya keseluruha­n 19 bawah par 197 selepas 54 lubang.

Jumlah catatan tiga pusingan Simpson menyamai rekod kejohanan dilakar pemain Australia, Greg Norman pada 1994 dalam laluan menang dengan kelebihan empat pukulan.

Simpson unggul lima pukulan di depan tiga pemain selepas catatan 63 pada pusingan kedua. Dengan hanya berbaki 18 lubang pada kejohanan bernilai AS$11 juta (RM43 juta) di TPC Sawgrass itu, Simpson melonjak tujuh pukulan di depan pemain New Zealand, Danny Lee, yang merakam 70 bagi 204.

Pemain nombor satu dunia Dustin Johnson membenam birdie tiga daripada enam lubang terakhirny­a untuk mencatat 69 sekali gus menghuni tangga ketiga dengan 206. Bekas pemain nombor satu dunia Jason Day dari Australia berada

(gambar)

dalam kelompok lima pemain dengan 207.

Beberapa jam selepas Tiger Woods dan Jordan Spieth mengejar dalam kedudukan pendahulu dengan 65 yang membolehka­n mereka mengumpul lapan bawah par, Simpson tidak menunjukka­n tanda dia tertekan.

Belum ada pemain dalam Jelajah PGA kalah satu-satu kejohanan ketika mendahului tujuh pukulan menjelang pusingan akhir.

“Masih ada 18 lubang dan saya perlu terus bekerja keras,” kata Simpson, juara Terbuka AS 2012 yang memenangi kejuaraan terakhirny­a dalam jelajah AS pada 2013.

“Saya sedar sudah menyamai rekod tapi saya fikir ia tidak bermakna hinggalah saya menang. Semua perkara yang pernah berlaku, saya lebih suka mengetahui­nya jika saya menang esok.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan mengenainy­a di luar sana. Saya cuba memandang ke hadapan, lakukan apa yang saya sering lakukan pada malam Sabtu kejohanan golf dan bersedia.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia