Harian Metro

Hamilton, Vettel sepakat suarakan perubahan

-

Barcelona: Seteru kejuaraan Formula Satu, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel akhirnya bersepakat apabila bersetuju pemandu sepatutnya mempunyai suara dalam perubahan peraturan.

Juara dunia empat kali itu memberitah­u wartawan pada Grand Prix

Sepanyol betapa mereka yang memegang stering sentiasa menjadi orang terakhir mengetahui apa yang dirancang di bahagian teknikal.

Badan induk sukan permotoran elit itu mengumumka­n perubahan terhadap bahagian depan dan sayap belakang jentera serta saluran brek baru bagi musim 2019.

Pengubahsu­aian itu yang dikatakan bagi memudahkan pelumba untuk mengikuti dan memintas dijangka akan menjadikan jentera satu setengah saat lebih perlahan pada setiap pusingan.

“Adakah ia fakta?” pelumba Ferrari, Vettel ketika ditanya mengenai perubahan itu ketika sidang media selesai sesi kelayakan GP Sepanyol di Litar Catalunya, kelmarin.

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Hamilton meraih petak pertama dan duduk bersebelah­annya berkata: “Itu yang mereka katakan, ya, sesuatu seperti itu.”

Pemandu Jerman itu membalas: “Benar?” dengan nada mengatakan ia adalah sesuatu yang baru diketahui olehnya.

Hamilton yang memimpin kejuaraan dengan kelebihan empat mata di depan Vettel berasakan memperlaha­nkan jentera tidak menjadikan perlumbaan itu lebih baik dan berkata, semua pelumba mahu lebih laju dan cuba melepasi had.

“Menakjubka­n teknologi yang anda miliki dan apa yang kami lakukan. Kami sepatutnya sekurang-kurangnya lebih laju berbanding tahun ini untuk menjadikan perlumbaan lebih baik. Itu pendapat peribadi saya.”

Vettel berkata, pelumba boleh memberikan pandangan yang bermanfaat.

“Maksud saya, kami adalah pelumba, bukan mahu mengatakan yang kami mengetahui semua perkara, kami tidak tahu mengenai kejurutera­an jentera, tapi kami tahu bagaimana keadaan jentera, bagaimana memandunya dan had mereka untuk memintas. Tapi kami tidak ditanya.”

Hamilton bersetuju dan menambah: “Kami sepatutnya turut membuat keputusan.”

Pelumba Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo yang memiliki reputasi menarik dengan caranya memintas juga bersetuju dengan pendapat itu. Reuters

 ??  ?? VETTEL
VETTEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia