Harian Metro

Inter kempunan aksi Eropah

-

Rome: Inter Milan dipalit kekalahan 1-2 di tangan Sassuolo di San Siro dalam aksi Serie A, awal pagi semalam, sekali gus memberikan AS Roma tiket untuk beraksi pada Liga Juara-Juara musim depan.

Matteo Politano dan Domenico Berardi menjaringk­an gol buat Sassuolo pada setiap babak perlawanan dengan penjaga golnya, Andrea Consigli menjadi wira bagi memastikan peluang Inter beraksi pada pertanding­an elit Eropah itu kian tipis.

Kekalahan bermakna pasukan tangga ketiga Roma, yang dikendalik­an bekas pengurus Sassuolo, Eusebio Di Francesco sah menamatkan kempen di kedudukan empat teratas dan kembali ke Liga Juara-Juara selepas disingkirk­an Liverpool pada separuh akhir bulan ini.

Roma akan menanti kunjungan penyandang juara Juventus, malam ini dengan kelab gergasi Turin itu hanya memerlukan satu mata untuk mengesahka­n kejuaraan Scudetto buat kali ketujuh berturut-turut.

Inter ketika ini ketinggala­n dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Lazio yang boleh mengesahka­n tempat di Liga Juara-Juara jika menewaskan kelab bawahan, Crotone hari ini.

Jika tidak, Lazio dan Inter akan membuat perhitunga­n terakhir bagi merebut tiket terakhir dengan kedua-duanya dijadual bertemu di Stadium Olimpik, minggu depan.

Bos Inter, Luciano Spalletti jelas berang dan menyifatka­n prestasi yang ditampilka­n skuad kendaliann­ya sebagai “celaru dan keliru” sekalipun mendominas­i permainan.

“Ia bukan kesalahan seorang pemain, selepas ketinggala­n satu gol, kami mempunyai banyak masa untuk melakukann­ya dengan tenang, menguasai permainan dan menghancur­kan mereka,” kata Spalletti. - AFP

 ??  ?? PEMAIN Inter, Ivan Perisic (kanan) mengasak kubu
Sassuolo.
PEMAIN Inter, Ivan Perisic (kanan) mengasak kubu Sassuolo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia