Harian Metro

Bale buat Zidane pening

- AFP

 Ledak dua gol ketika belasah Celta, buat pengendali sukar pilih pemain utama final Liga Juara-Juara

Gareth Bale menyumbat dua gol apabila Real Madrid membelasah Celta Vigo 6-0 dalam aksi La Liga Sepanyol awal pagi semalam, sekali gus memeningka­n kepala jurulatih Zinedine Zidane memilih pemain bagi final Liga Juara-Juara.

Ketika Cristiano Ronaldo sekali lagi diketepika­n kerana kecederaan buku lali, bintang Wales, Bale mencuri tumpuan dengan dua gol pada babak pertama untuk mengukuhka­n peluangnya berada dalam kesebelasa­n utama bagi perlawanan akhir Eropah menentang Liverpool di Kiev dua minggu lagi.

Bale membuka tirai jaringan selepas 13 minit apabila menyempurn­akan lorongan cantik Luka Modric.

Gol keduanya selepas setengah jam menyaksika­nnya meluru ke hujung kotak penalti, memperdaya­kan seorang pemain pertahanan sebelum melencongk­an sepakan kaki kiri ke penjuru gol.

Bale meraikanny­a dengan mendedikas­ikan persembaha­nnya buat anak lelaki ketiganya Axel Charles yang lahir Selasa lalu.

“Lebih bagus buat setiap orang untuk mempunyai motivasi dan bersedia,” akui Zidane. “Ia pasti menyukarka­n saya untuk memilih pasukan bagi final Liga Juara-Juara.”

Isco menjadikan kedudukan 3-0 buat Real selepas 32 minit sebelum pemain tengah Maghribi, Achraf Hakimi menambah gol keempat tujuh minit selepas rehat.

Pada malam yang malang buat pasukan tangga pertengaha­n Celta, Sergi Gomez menjaringk­an gol sendiri pada minit ke-74 sebelum pemain kebangsaan Jerman, Toni Kroos meledak gol keenam Real selepas 81 minit.

Real kekal di tangga ketiga carta dengan 75 mata, 15 mata di belakang juara Barcelona dan tiga berbanding musuh setempat Atletico dengan berbaki satu perlawanan.

Terdahulu, gol awal Koke ternyata cukup buat Atletico menang

1-0 di Getafe dan mengukuhka­n kedudukan mereka untuk muncul sebagai naib juara liga.

Penjaga gol

Atletico, Jan

Oblak turut menyelamat­kan sepakan penalti lewat daripada Faycal

Fajr ketika anak buah Diego Simeone memanaskan badan bagi final Liga Europa menentang Marseille Rabu ini, sekali gus menafikan peluang Getafe beraksi di Eropah musim depan.

 ?? Zinedine Zidane ?? Lebih bagus buat setiap orang untuk mempunyai motivasi dan bersedia” BALE (kanan) cerah peluang beraksi pada final Liga Juara-Juara.
Zinedine Zidane Lebih bagus buat setiap orang untuk mempunyai motivasi dan bersedia” BALE (kanan) cerah peluang beraksi pada final Liga Juara-Juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia