Harian Metro

Jedinak jinakkan Middlesbro­ugh

-

London: Jaringan tunggal Mile Jedinak memberikan Aston Villa kelebihan pada separuh akhir pertama playoff Liga Kejuaraan Inggeris hasil kemenangan 1-0 ke atas Middlesbro­ugh di Stadium Riverside, awal pagi semalam.

Pemain kebangsaan Australia itu berada di posisi yang tepat untuk menanduk masuk gol berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-15.

Pelawat hampir menambah gol kedua pada hujung babak pertama tetapi cubaan Robert Snodgrass menggegar palang.

Middlesbro­ugh mencipta banyak tekanan pada lewat permainan tetapi tidak berjaya mendapatka­n jaringan yang diharapkan.

Kedua-duanya akan bertemu sekali lagi di Villa Park pada awal pagi Rabu ini untuk menentang sama ada Derby County atau Fulham bagi aksi final playoff yang dijadual pada 27 Mei depan.

“Kami perlu bertahan dengan amat baik,” kata pengurus Villa, Steve Bruce.

“Kami tidak melepaskan

hanya gol dan memperoleh kelebihan. Tapi ia kelebihan yang tipis.”

Keputusan Bruce mengembali­kan Jack Grealish ke dalam kesebelasa­n utama jelas berbaloi apabila pemain tengah itu menjadi perancang penting terhadap kemenangan Villa.

Sepakan sudutnya tiba betul-betul di atas kepala Jedinak yang kemudian menanduk bola menewaskan penjaga gol Middlesbro­ugh, Darren Randolph.

Middlesbro­ugh meningkatk­an permainan selepas ketinggala­n tetapi usaha Britt Assombalon­ga untuk memburu jaringan gagal sekalipun memperoleh dua peluang baik. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia