Harian Metro

Leka punca gagal raih tiga mata

-

Kuala Lumpur: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) disifatkan bernasib baik selepas berjaya mencuri satu mata susulan terikat 2-2 menentang Selangor dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Ia selepas jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir mengakui jaringan penyamaan yang diperoleh skuad Harimau Selatan itu sebagai terlalu mudah, sekali gus menafikan hasrat mereka untuk mencipta kejutan ke atas pelawat apabila mendahului 2-1 selepas tamat babak pertama.

“Syukur kerana tidak tewas dan tercicir mata, sekurang-kurangnya memperoleh satu mata. Kami hampir memenangi perlawanan, tapi masih lagi faktor kelekaan di barisan pertahanan.

“Gol penyamaan JDT pada babak kedua itu terlalu mudah. Pertahanan kami tidak memberi cukup tekanan kepada Gonzalo Cabrera untuk memberi ruang kepadanya membuat hantaran cantik.

“Kombinasi Willian Pacheco dan Alfonso De La Cruz juga tidak begitu baik dalam menangani hantaran Cabrera itu, lantas membenarka­n Harry Novillo melakukan tandukan tepat ke pintu gol,” kata Nazliazmi pada sidang media selepas tamat perlawanan, kelmarin.

Bagaimanap­un, Nazliazmi menjelaska­n anak buahnya tetap memperagak­an peningkata­n positif selepas mengambil kira pemainnya berjaya menyekat rentak kemenangan dalam enam perlawanan yang dilakar pasukan penuh bintang itu sebelum ini.

“Secara keseluruha­n persembaha­n malam ini, ada peningkata­n positif dalam pasukan. Pemain menunjukka­n kesungguha­n, usaha, fokus

dan kerjasama sepasukan yang baik.

“Cuma saya harap akan ada penambahba­ikan lagi dalam pasukan jika kami melakukan pertukaran import atau pemain tempatan pada jendela perpindaha­n kedua ini,” katanya.

 ??  ?? RUFINO Segovia jaring gol kedua
Selangor.
RUFINO Segovia jaring gol kedua Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia