Harian Metro

TFCII sudah hidu kelemahan lawan

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Terengganu FC II (TFCII) sudah mengenalpa­sti kelemahan dan kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Pengendali TFCII, Mustaffa Kamal Abd Wahab berkata, pihaknya sudah mengkaji corak permainan PDRM dalam pertemuan pusingan pertama tempoh hari.

Katanya, anak buahnya perlu waspada dengan kelibat beberapa pemain PDRM yang mampu memusnahka­n harapan pasukannya untuk merakam kemenangan di laman sendiri.

“Kita tidak boleh memandang mudah dan terlalu yakin mampu mengalahka­n PDRM malam esok (malam ini) kerana harus diingat mereka juga memasang impian untuk meraih mata.

“Jadi, kita perlu mempersiap­kan strategi dan percaturan terbaik bagi mengelakka­n pasukan kehilangan mata di gelanggang sendiri,” katanya kepada NSTP, semalam.

Mustaffa Kamal berkata, pasukannya juga akan tampil dengan percaturan berbeza selepas diperkuatk­an dengan kehadiran bekas pemain Terengganu FC (TFC), Abdul Shukur Jusoh dan Ismail Faruqi Ashaari

(gambar).

Katanya, Abdul Shukur yang memiliki pengalaman bersama skuad Harimau Muda A akan menjadi peranan utama mencorak permainan pasukannya dalam memastikan tiga mata mampu diraih.

“Tiga mata menjadi sasaran kami dalam perlawanan ini selepas tiga kali seri berturut-turut sebelum ini. Selain itu, mata penuh yang diraih juga mampu melonjakka­n pasukan ini ke kedudukan lebih baik sekali gus menjarakka­n jurang mata dengan dua pasukan terbawah liga,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia