Harian Metro

Penyu bayar harga tinggi

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Lima pemain Terengganu dilayang kad kuning

Terengganu FC (TFC) yang berjaya merakam kemenangan ke atas Pahang di Stadium Darul Makmur kelmarin terpaksa membayar harga tinggi apabila lima pemainnya dilayangka­n kad kuning.

Bagaimanap­un jurulatih skuad itu tidak mahu menyalahka­n pemainnya 100 peratus sebaliknya memuji semangat kental diperagaka­n anak buahnya hingga berjaya menang besar.

Penolong jurulatih Mohamad Nik berkata, biarpun tidak begitu gembira kerana ramai pemainnya menerima kad kuning, tetapi kejayaan mengutip tiga mata lebih penting dan begitu membanggak­an pasukan.

“Bukan mudah buat pemain saya beraksi di laman lawan apatah lagi pada pusingan pertama di Kuala Terengganu kami tewas 1-3, tapi pemain kami sudah membuktika­n mereka juga mampu menundukka­n skuad Tok Gajah di laman mereka walaupun menang tipis.

“Mengenai lima kad kuning itu kami tidak fikirkan sangat biarpun akan memberi impak kepada pemain selepas ini kerana yang penting kami menang sekali gus menebus kekalahan di laman sendiri pada 1 Mei lalu,” ujar Mohamad.

Pada perlawanan yang dimenangi TFC 1-0 hasil jaringan Faiz Nasir lima pemain skuad Penyu dilayangka­n kad kuning iaitu

(gambar),

Kamal Azizi Zabri, Lee Tuck, J Partiban, Adib Aizuddin Latif dan Nasrullah Hanif Johan.

“Walaupun berjaya menamatkan rekod kekalahan dua kali berturut-turut, secara keseluruha­nnya masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan bagi memastikan TFC terus menjadi pencabar terkuat.

“Perlawanan pada 22 Mei ini bertemu Perak di laman sendiri diharap pemain mampu meneruskan rentak kemenangan meskipun beraksi dalam bulan puasa,” kata Mohamad.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu FC, Kipre Tchetche (kiri) dikawal pemain Pahang pada saingan Liga Super.
PEMAIN Terengganu FC, Kipre Tchetche (kiri) dikawal pemain Pahang pada saingan Liga Super.
 ?? Mohamad Nik ?? Mengenai lima kad kuning itu kami tidak fikirkan sangat biarpun akan memberi impak kepada pemain selepas ini kerana yang penting kami menang sekali gus menebus kekalahan di laman sendiri pada 1 Mei lalu”
Mohamad Nik Mengenai lima kad kuning itu kami tidak fikirkan sangat biarpun akan memberi impak kepada pemain selepas ini kerana yang penting kami menang sekali gus menebus kekalahan di laman sendiri pada 1 Mei lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia