Harian Metro

Berteka-teki

-

ini.

Sumber bagaimanap­un tidak menjelaska­n sama ada gabungan baru itu akan menyokong BN atau kerajaan Pakatan Harapan yang baru dipilih atau kekal bebas daripada hubungan dengan parti politik yang berpangkal­an di Semenanjun­g.

“Ramai pemimpin dalam PBB menyedari rancangan ini, yang akan dibincangk­an semasa mesyuarat majlis tertinggi parti nanti.

“Jika PBB memutuskan untuk keluar dari BN, parti-parti komponen lain dalam gabungan di negeri ini dijangka mengikuti dan menyertai pakatan politik baru di Sarawak,” kata sumber terbabit.

Selain PBB, tiga lagi parti komponen BN Sarawak ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Awang Tengah Ali Hassan, yang juga Timbalan Presiden PBB, mengesahka­n bahawa parti itu akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada Rabu.

Bagaimanap­un, Awang Tengah enggan mengulas agenda yang akan dibincangk­an.

Sementara itu, Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan parti itu tidak akan melompat dan menyertai PH.

Spekulasi liar mula kedengaran yang mendakwa PBB akan beralih kesetiaan selepas ada laporan mengenai pertemuan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing mengesahka­n kedua-dua pemimpin itu bertemu di Kuala Lumpur.

Namun, Masing yang juga Presiden PRS tidak pasti sama ada pertemuan itu berlaku sebelum, semasa atau selepas PRU14 selesai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia