Harian Metro

Lanjut tempoh berkurung

-

Kinabalu: Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutka­n dua minggu lagi bagi fasa ke-89.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata penguatkua­saan perintah berkurung itu bermula pada jam 6 petang kelmarin sehingga jam 6 petang, 27 Mei ini.

Beliau berkata, peraturan itu dikuatkuas­akan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an,

Sandakan dan Beluran dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Berikutan itu, beliau mengingatk­an orang ramai di daerah terbabit supaya tidak berada di lokasi yang diisytihar­kan sebagai kawasan perintah berkurung.

“Keperluan meneruskan perintah berkurung di perairan terbabit adalah bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa, selain pelancong di pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

“Ini kerana maklumat mendedahka­n kumpulan yang menjalanka­n kegiatan penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Kita juga mahu menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah, yang menjadi pengguna perairan dan berada di daratan di kawasan ESSZONE,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Ramli berkata, pelaksanaa­n perintah berkurung juga memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamata­n.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah berkenaan untuk mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

 ??  ?? TAN (dua dari kiri) menaikkan bendera Persekutua­n Nanyang Wushu Sarawak bagi merasmikan Kejohanan Pesta Kung Fu Nanyang Wushu ke-28, di sini, semalam.
TAN (dua dari kiri) menaikkan bendera Persekutua­n Nanyang Wushu Sarawak bagi merasmikan Kejohanan Pesta Kung Fu Nanyang Wushu ke-28, di sini, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia