Harian Metro

Polis nafi geledah pangsapuri mewah keluarga Najib

PDRM dakwa laporan media asing tidak tepat

- Kalbana Perimbanay­agam cnews@nstp.com.my

Polis menafikan dakwaan pihaknya melakukan serbuan di sebuah unit pangsapuri mewah di sini, dipercayai milik ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan media asing yang mendakwa anggota polis berpakaian biasa menyerbu kediaman didiami ahli keluarga terdekat Najib adalah tidak benar.

“Polis menyiasat laporan dan dakwaan dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri (Najib), tetapi kami tidak melakukan sebarang serbuan seperti didakwa beberapa agensi media.

“Kami menyiasat kesahihan beberapa laporan berhubung satu laporan polis dibuat dan mengumpul maklumat, namun serbuan dikatakan dilakukan di Pavilion Residences, malam tadi (kelmarin) adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mazlan berkata, tindakan pihak media melaporkan sesuatu perkara tidak benar dan membuat spekulasi dilihat sebagai tidak bertanggun­gjawab.

“Beberapa laporan diterbitka­n bukan daripada sumber yang boleh dipercayai, mungkin mereka mendengar daripada pihak ketiga, bukan hanya tidak beretika tetapi ia juga satu kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanap­un pihaknya memperoleh rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Mazlan merujuk kepada laporan beberapa portal berita yang mendakwa sebuah pangsapuri mewah didiami ahli keluarga bekas Presiden UMNO itu diserbu selepas dakwaan cubaan untuk menyembuny­ikan bukti.

Terdahulu, memetik sumber polis sebagai berkata, portal berita itu mendakwa sepasukan anggota polis menyerbu unit kediaman berkenaan bagi menghalang usaha menyembuny­ikan atau membawa keluar dokumen penting milik kerajaan sebelum ini.

Ia turut menyebut polis bertindak atas aduan ada kenderaan kerajaan digunakan untuk menghantar puluhan kotak yang dibuat khas untuk membawa beg berjenama dan barangan lain kepunyaan Datin Seri Rosmah Mansor ke pangsapuri itu.

Bukan hanya tidak beretika tetapi ia juga satu kesalahan

Mazlan Lazim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia