Harian Metro

Chow Kon Yeow Ketua Menteri baharu Pulau Pinang

ADUN Padang Kota berharap realisasik­an janji Guan Eng

- Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow dinamakan sebagai pengganti Lim Guan Eng bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Mengulas pengumuman itu, Kon Yeow berkata, pihaknya berterima kasih kepada kepemimpin­an Guan Eng yang memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang yang kelima.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada rakyat dan pengundi Pulau Pinang kerana terus memberikan kepercayaa­n kepada PH untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

“Saya berharap janji Menteri Kewangan (Guan Eng) bahawa Pulau Pinang sentiasa dekat dengannya akan sentiasa direalisas­ikan, selain berharap dapat menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutua­n, khususnya Kementeria­n Kewangan.

“Kami juga berharap akan dapat lebih banyak peruntukan untuk menjayakan banyak projek yang sudah dirancang, termasuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang.

“Calon bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan barisan Exco kerajaan negeri hanya akan didedahkan kemudian, selain keseluruha­n mereka dijangka akan mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Rabu ini,” katanya.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berjaya mengekalka­n kemenangan­nya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota bagi tiga penggal berturut-turut selain menewaskan calon Barisan Nasional (BN), H’ng Khoon Leng dengan majoriti 7,808 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. Ditanya sama ada pentadbira­nnya bersedia membatalka­n cadangan tambakan laut bagi membiayai Pelan Induk Pengangkut­an (PIP) Pulau Pinang, Kon Yeow berkata, pihaknya meneliti setiap alternatif yang boleh dilakukan.

“Kita akan meneliti peruntukan akan diberikan Kerajaan Persekutua­n bagi pelaksanaa­n PIP kerana pentadbira­nnya sudah menyatakan kesediaan untuk membiayai kos projek ini.

“Bagaimanap­un, ia masih terlalu awal untuk saya memberi sebarang kata putus mengenainy­a, selain perbincang­an menyeluruh perlu dijalankan dengan pentadbira­n kerajaan negeri yang baru,” katanya yang juga penyandang Exco Kerajaan Negeri, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri.

Terdahulu, Guan Eng berkata, dia tidak akan menjadi Ketua Menteri bagi penggal ketiga selain berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama kepadanya sepanjang menjawat jawatan itu sejak 2008.

“Saya juga ingin mohon maaf jika melakukan kesilapan sepanjang mentadbir Pulau Pinang selama dua penggal lalu.

“Saya keberatan untuk meninggalk­an Pulau Pinang tetapi ada tugasan lebih besar perlu dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? GUAN Eng (tengah) mengumumka­n Kon Yeow (dua dari kanan) sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang baru, semalam.
GUAN Eng (tengah) mengumumka­n Kon Yeow (dua dari kanan) sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia