Harian Metro

LAPORAN BERITA TIDAK DISEKAT

Kerajaan bertindak ikut undang-undang jika laporan gugat ketenteram­an awam

-

Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulka­n huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas”

Tun Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteram­an negara.

Tun Dr Mahathir berkata, tindakan itu bagi membolehka­n pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka.

“Dalam rejim sebelum ini, kita rasa sekatan. Ada akhbar pro itu, pro ini, tapi kita tidak akan sekat laporan mereka, janji ia membawa hasrat dalam laporan.

“Namun, usaha yang membawa ketegangan tidak akan diterima,” katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan BERNAMA di kediaman beliau di sini, semalam.

Tun Dr Mahathir berkata, walaupun kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) menyokong kepada kebebasan akhbar namun, ia mempunyai hadnya.

“Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulka­n huru-hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas,” tegas beliau.

Mengulas lanjut mengenai antirasuah dalam pentadbira­n kerajaan baru, Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan sangat bertegas dalam hal tersebut kerana tidak mahu menteri yang dilantik terbabit dalam amalan korupsi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjelaska­n, sejak kempen pilihan raya umum, PH menerima sumbangan yang banyak untuk membiayai pilihan raya itu dan kini, setelah dipilih rakyat menjadi kerajaan, segala bentuk sumbangan dan derma tidak boleh diterima mana-mana pihak melainkan dengan keizinan atau dimaklumka­n kepada Kabinet.

“Kadang-kadang ada orang ramai bagi sumbangan dalam bentuk hadiah. Hadiah yang boleh diberi adalah dalam (bentuk) makanan, tetapi bukan dalam (bentuk) barangan bernilai,” katanya.

Menyentuh mengenai Kabinet baru pula, Tun Dr Mahathir berkata, pengumuman­nya akan dibuat secepat mungkin.

“Kita akan bentuk Kabinet kecil yang mengandung­i 10 orang sahaja. Kita sudah ada tiga orang dan kita perlu tujuh lagi untuk cukupkanny­a secepat mungkin dengan setiap parti memberi calon nama dan kementeria­n pilihan mereka.

“Saya harap ia dapat diselesaik­an dalam minggu ini, jadi, kita dapat bentuk Kabinet 10 orang,” katanya.

Tun Dr Mahathir menjelaska­n, dari situ, beliau selaku Perdana Menteri akan menyemak senarai calon sebelum membuat keputusan mengenai jawatan mereka selepas merujuknya terlebih dahulu dengan presiden parti masing-masing.

Beliau menarik perhatian, Kabinet itu akan bergerak sebagai Kabinet yang sah sementara kerajaan memilih calon-calon lain dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kabinet lengkap itu tidak akan melebihi 30 kementeria­n,” kata beliau.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mahathir bercakap pada sesi penerangan khas di kediaman beliau, semalam.
DR Mahathir bercakap pada sesi penerangan khas di kediaman beliau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia