Harian Metro

100 HARI BOLEH BERES

Majlis Penasihat Kerajaan tangani hutang negara, GST dan subsidi minyak

-

Saya mahu perkara ini diselesaik­an dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu berehat”

Daim

Majlis Penasihat Kerajaan yang baru dilantik dalam mesyuarat pertamanya ada membincang­kan mengenai beberapa perkara utama situasi ekonomi semasa antaranya termasuk hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta subsidi minyak.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai majlis penasihat itu berkata, ia antara perkara utama dan akan membuat cadangan kepada kerajaan kerana mereka yang membuat keputusan.

Daim berkata majlis itu juga akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementeria­n yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, MARA dan Felda.

“Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukak­an laporan kepada kerajaan,” kata Daim.

Tiga anggota lain majlis itu ialah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.

Bagaimanap­un, tokoh perniagaan Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.

Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan.

“Satu lagi contoh ialah kos keselamata­n sekolah. Ia lebih tinggi daripada aset yang mereka awasi,” katanya.

Sementara itu, Daim berkata mesyuarat itu akan diadakan setiap hari selama 100 hari dan pada hari tertentu, ia akan diadakan beberapa kali sehari.

“Saya mahu perkara ini diselesaik­an dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu berehat,” katanya sambil berseloroh.

Daim menegaskan mereka serius dalam melaksanak­an tugas dan tidak membuang masa apabila mengadakan mesyuarat pertama sejurus pengumuman penubuhann­ya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraa­n berpanjang­an selepas berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur susulan kemenangan yang tidak dijangka oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? TUN Daim (kiri) mempengeru­sikan mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan tanpa kehadiran Robert Kuok, semalam.
TUN Daim (kiri) mempengeru­sikan mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan tanpa kehadiran Robert Kuok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia