Harian Metro

Sorok syabu dalam kasut

Lelaki jalan terhenjut-henjut ketika keluar kereta bongkar perbuatan jenayah

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Gelagat seorang lelaki terhenjut-henjut ketika diarah keluar dari keretanya membongkar penemuan plastik berisi dadah disyaki syabu disorok dalam kasut dipakainya di Jalan Sembulan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tahun tengah hari, suspek berusia 24 tahun itu dikatakan memandu kereta melalui Jalan Bulatan Mat Salleh, di sini, sebelum ditahan polis yang menjalanka­n rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Difahamkan, suspek terjebak dengan penyalahgu­naan dadah syabu akibat putus tunang sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata polis yang membuat rondaan di kawasan Sembulan terserempa­k dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Anggota polis kemudian mengarahka­n pemandu kereta terbabit berhenti di bahu jalan untuk tujuan

pemeriksaa­n.

“Hasil pemeriksaa­n menemui satu plastik putih berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu

dengan berat 2.38 gram di dalam kasut sebelah kanan yang dipakai suspek,” katanya.

Menurut beliau, tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

“Tangkapan dan barang termasuk kasut dipakai suspek dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Tangkapan dan barang termasuk kasut dipakai suspek dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952”

M Chandra

 ??  ?? SYABU dan dadah (gambar bulat) yang dirampas.
SYABU dan dadah (gambar bulat) yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia