Harian Metro

BAKTI UNTUK CALON UPSR

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

30 mahasiswa UiTM Segamat berganding bahu jayakan program Class of Hope 3.0

Seramai 30 mahasiswa

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor kampus Segamat berganding menjayakan program Class of Hope 3.0 di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Pemanis (2), baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada ahli Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) yang menganjurk­an program berkenaan dengan kerjasama pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ketua Projek Syakir

Hashim berkata, program itu membabitka­n 70 murid tahun empat hingga enam sekolah berkenaan dan diadakan bertujuan memberi motivasi supaya mereka lebih fokus untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Menurut Syakir, Class of Hope 3.0 juga adalah kesinambun­gan program Class of Hope 2.0 yang pernah diadakan di beberapa sekolah rendah sekitar Segamat sebelum ini.

“Tujuan utama program diadakan adalah untuk membantu murid supaya lebih berkeyakin­an dalam sesi pembelajar­an dalam kelas selain mencungkil kelebihan serta mengenalpa­sti kelemahan mereka supaya boleh diperbaiki.

“Di samping itu, kita juga mahu memberi kesedaran kepada murid mengenai peranan yang perlu dipikul dengan bertindak sebagai fasilitato­r.

“Dengannya, mahasiswa terbabit dapat berkongsi pengalaman sekali gus memberi inspirasi kepada murid terbabit,” katanya.

Menurut Syakir, di samping berkongsi pengalaman, penyertaan dalam program berkenaan juga melatih mahasiswa terbabit untuk berkomunik­asi dengan murid sekolah sekali gus bertindak sebagai tutor kepada mereka.

Katanya, ia dibantu menerusi beberapa aktiviti dijalankan antaranya berbentuk latihan dalam kumpulan yang secara tidak langsung menerapkan nilai kemahiran insaniah, kerja berpasukan dan kaedah menyelesai­kan masalah bersama.

“Program diadakan ini secara tidak langsung mendekatka­n diri kita dengan murid terutama yang tinggal di luar bandar.

“Selain itu, aktiviti diadakan contohnya yang berbentuk ‘explorace’ secara tidak langsung dapat menguji ketahanan mental dan fizikal di samping melihat bagaimana mereka bekerjasam­a dalam satu pasukan.

“Ini penting dan diharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pembabitan lebih ramai mahasiswa dari universiti lain,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N PEERs bersama murid SK Felda
Pemanis.
SUKARELAWA­N PEERs bersama murid SK Felda Pemanis.
 ??  ?? SUKARELAWA­N PEERs menjalanka­n aktiviti bersama murid SK Felda
Pemanis 2.
SUKARELAWA­N PEERs menjalanka­n aktiviti bersama murid SK Felda Pemanis 2.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia