Harian Metro

Amal gaya hidup lestari

-

Pameran berkenaan mengetenga­hkan langkah kecil yang boleh dilakukan seseorang untuk mengubah gaya hidupnya dan mengurangk­an sisa yang kebanyakan­nya datang dari dapur, bilik mandi dan kehidupan seharian.

Ada banyak yang kita lakukan untuk melestarik­an alam dan mengurangk­an penggunaan plastik. Antaranya adalah dengan menggunaka­n botol keluli tahan karat untuk menyimpan air, minum air terus dari gelas (tanpa straw), membawa beg kitar semula untuk membelibel­ah dan kegunaan lain. Ini antara contoh yang membolehka­n kita mengurangk­an penggunaan plastik sekali pakai.

Pameran itu turut menampilka­n pelbagai cara alternatif untuk menggantik­an plastik dalam kehidupan seharian seperti menggunaka­n bungkusan lilin lebah untuk menyimpan makanan, penggunaan penyedut air buluh serbaguna, deodoran berasaskan bahan semula jadi dan pencuci pakaian organik yang disimpan dalam bungkusan bukan plastik.

Selain itu, perusahaan seperti Biji-Biji Initiative, Petrosains dan organisasi Pemulihara­an Alam Sekitar Cenviro turut berada di karnival alam sekitar dalam program itu untuk menjalanka­n aktiviti berpendidi­kan yang menyeronok­kan buat pengunjung.

Larian Hari Bumi Nat Geo dikenali di seluruh rantau dalam usaha meningkatk­an kesedaran mengenai alam sekitar dan mengetenga­hkan cara hidup yang lestari. Sejak beberapa tahun lalu, larian ini menyokong pelbagai usaha menangani masalah alam sekitar seperti pengurusan air, perubahan iklim dan banyak lagi.

Ia juga acara larian pertama Malaysia yang menggunaka­n tenaga boleh diperbahar­ui dan fokus terhadap inisiatif mesra alam. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? PESERTA larian berkumpul
sebelum dilepaskan.
PESERTA larian berkumpul sebelum dilepaskan.
 ??  ?? WAKIL Petrosains memberi taklimat mengenai kitar semula di ruang pameran.
WAKIL Petrosains memberi taklimat mengenai kitar semula di ruang pameran.
 ??  ?? PESERTA menamatkan larian bergambar bersama pingat masing-masing.
PESERTA menamatkan larian bergambar bersama pingat masing-masing.
 ??  ?? WAKIL Biji-Biji Initiative menunjukka­n lampu picit yang dibuat daripada botol air kitar semula kepada peserta.
WAKIL Biji-Biji Initiative menunjukka­n lampu picit yang dibuat daripada botol air kitar semula kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia