Harian Metro

Dhaarma puji prestasi Malaysian Tigress walaupun kecundang

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menyifatka­n anak buahnya menunjukka­n peningkata­n walaupun tewas 1-3 kepada pasukan ranking kelapan dunia, China dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia di Donghae, Korea Selatan semalam.

Malaysia yang kini menghuni kedudukan ke-22 dalam ranking dunia seterusnya akan berdepan Jepun, esok.

Jaringan tunggal Malaysia disumbangk­an Hanis Nadia Onn pada minit ke-22, manakala gol China dihasilkan Zhang Jinrong (minit ketiga), Li Hong (20) dan Cui Qiuxia (53).

Biarpun tewas, Dhaarma tetap gembira dengan prestasi pasukannya yang memberi saingan hebat terhadap China.

“Lawan kami antara pasukan teratas di Asia (pemenang pingat perak dalam Piala Asia 2017) dan menduduki ranking lebih tinggi daripada kami,” kata Dhaarma.

Malaysia yang ketinggala­n 2-0 tetap berjuang untuk mencetak gol dan jaringan ketiga China itu hasil daripada penalti stroke.

“Pada suku keempat, kapten pasukan Siti (Noor Amarina Ruhani) melakukan kekasaran dan China memperoleh penalti stroke. Kami mempunyai peluang yang baik untuk merapatkan jurang tetapi gagal menyempurn­akan pukulan sudut penalti.

“Kami akan berdepan Jepun pada aksi seterusnya selepas berehat sehari dan saya jangka ia akan menjadi satu lagi perlawanan yang sukar. Jepun sudah pasti bukan lawan mudah apabila mengikat Korea Selatan 1-1 berbanding Malaysia yang tewas 1-3 kepada pasukan tuan rumah.”

 ??  ?? BARISAN skuad hoki wanita negara ke saingan Trofi Juara-Juara Asia.
BARISAN skuad hoki wanita negara ke saingan Trofi Juara-Juara Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia