Harian Metro

Ancaman Nadal, Federer

- AFP

Dominic Thiem tewas kepada Alexander Zverev pada final Terbuka Madrid awal pagi semalam dan kemudian menyatakan bintang muda Jerman itu kini pemain terbaik di dunia di belakang Roger Federer dan Rafael Nadal.

Zverev sudah lama dianggap

(gambar)

sebagai bintang masa depan tenis lelaki dan kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Thiem menyebabka­nnya muncul antara ancaman utama pada Terbuka Perancis, hujung bulan ini.

Thiem menyingkir­kan Nadal pada suku akhir Jumaat lalu dan dia juga antara kelompok kecil pemain yang mampu menyekat pemain Sepanyol itu daripada merangkul kejuaraan ke-11 di Roland Garros.

Namun pemain Austria itu gagal menyaingi Zverev, yang meraih kejuaraan ketiga dalam siri Masters 1000 Jelajah Dunia ATP, tahap kedua kejohanan kalah

 Zverev mampu jadi pemusnah impian dua pemain legenda di Terbuka Perancis

mati selepas empat kejuaraan Grand Slam.

Zverev kini seorang daripada lima pemain aktif yang menang tiga, selainnya adalah Federer, Nadal, Novak Djokovic dan Andy Murray.

Empat pemain itu semuanya berusia 30 tahun atau lebih, manakala Zverev hanya berusia 21 tahun dengan Djokovic dan Murray kedua-duanya cuba meneruskan misi selepas kecederaan.

“Saya suka katakan mungkin ketika ini di samping Roger dan Rafa, dia adalah yang terbaik,” kata Thiem. “Anda hanya perlu melihat kepada keputusann­ya.”

Menduduki ranking ketiga di dunia, Zverev masih belum menterjema­hkan bakat dan kejayaanny­a dalam acara Masters kepada acara Grand Slam, yang mana ke- putusan terbaiknya adalah layak ke pusingan keempat Wimbledon tahun lalu.

“Nadal adalah pilihan utama, tidak kira di mana dia bermain, terutama gelanggang tanah liat,” ujar

Zverev.

“Dia akan menjadi pilihan utama di Rome, dia juga pilihan utama di Paris. Dia masih menjadi pemain yang perlu ditewaskan.” di belakang pemenang Webb Simpson.

Johnson memerlukan birdie pada lubang terakhir untuk berkongsi kedudukan dengan Thomas dan kekal di tangga nombor satu namun pukulan keduanya tersasar ke green dalam laluan mencatat par.

Dia menamatkan­nya dengan 72 dan berkongsi tangga ke-17 dengan 10 bawah par 278.

“Ia terlalu bermakna, tapi ia sesuatu yang saya mahukan bagi tempoh yang lama, bukannya hanya sekali,” kata Thomas.

Thomas memenangi kejuaraan utama sulungnya pada Kejuaraan PGA, Ogos lalu. Dia menang lapan kali dalam Jelajah PGA. - AFP

 ??  ?? ZVEREV mengucup trofi selepas menjuarai Terbuka Madrid.
ZVEREV mengucup trofi selepas menjuarai Terbuka Madrid.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia