Harian Metro

PM buat siri pertemuan tertutup

-

Putrajaya: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan beberapa siri pertemuan dan mesyuarat tertutup dengan beberapa individu bermula pagi hingga petang semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini.

Pada sebelah pagi, Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan tiga pemimpin utama DAP diketuai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang dinamakan Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Kewangan dengan ditemani Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Pertemuan itu dikatakan berlangsun­g sejam sebelum Guan Eng dilihat meninggalk­an YKP, jam 10.08 pagi.

Setengah jam kemudian, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilihat memasuki YKP untuk bertemu Perdana Menteri.

Sejurus selepas itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memasuki YKP dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Muhyiddin yang dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri dilihat beredar dua jam kemudian.

Muhyiddin yang ditemui media memaklumka­n pertemuann­ya dengan Perdana Menteri bagi menyerahka­n senarai nama Ahli Parlimen PPBM untuk pertimbang­an dilantik dalam barisan jemaah menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada sebelah petang, jam 2.30 petang, anak Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani memasuki YKP. Turut bersama beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Kencana, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Dalam pada itu, jam 2.42 petang, Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat memasuki bangunan berkenaan untuk bertemu Tun Dr Mahathir.

Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan membawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memasuki YKP diikuti Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh selang 10 minit kemudian.

Turut memasuki YKP, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador, antara individu yang lantang mengkritik kerajaan dalam siasatan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi bersama Amar Singh keluar dari YKP selepas bertemu Dr Mahathir, semalam.
MOHAMAD Fuzi bersama Amar Singh keluar dari YKP selepas bertemu Dr Mahathir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia