Harian Metro

Tak terburu-buru, ikut perancanga­n awal

-

Kuala Lumpur: Peralihan kuasa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan dibuat terburu-buru sebaliknya masih mengikut perancanga­n asal iaitu pada pertengaha­n penggal di bawah pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketika ini, kerajaan PH di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk memastikan kelancaran proses memajukan negara di bawah kerajaan baru.

“Memang kita akan majukan kerajaan di bawah Tun (Dr Mahathir), ini berjalan lancar dan beri perubahan seperti yang kita inginkan terutama reformasi untuk kita ketengahka­n bersama.

“Tak...(terburu-buru melantik Anwar sebagai Perdana Menteri) sebab memang itulah salah satu daripada apa yang kita dah rancang,” katanya selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilita­si Cheras di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam yang mengingatk­an kerajaan supaya tidak melantik ketua pemimpin reformasi itu sebagai Perdana Menteri serta merta sejurus beliau kembali ke Parlimen.

Mengulas lanjut mengenai tahap kesihatan Anwar, Dr Wan Azizah berkata, kesihatan Anwar semakin pulih menjelang hari pembebasan­nya hari ini.

Bagaimanap­un, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bersetuju memberi pengampuna­n dan pembebasan serta-merta kepada Anwar yang bakal dimuktamad­kan selepas baginda mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Pengampuna­n di Istana Negara jam 11 pagi ini.

Tun Dr Mahathir sebelum ini berjanji akan kekal sebagai Perdana Menteri selama dua tahun sebelum menyerahka­n jawatan itu kepada Anwar manakala isteri Anwar, Dr Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 ??  ?? WAN Azizah keluar Hospital Rehabilita­si Cheras selepas melawat Anwar.
WAN Azizah keluar Hospital Rehabilita­si Cheras selepas melawat Anwar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia