Harian Metro

Bulan limpahan rezeki peniaga

-

Kuala Lumpur: Meskipun bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) belum berakhir, majoriti umat

Islam di negara ini tidak lupa untuk membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan 1 Ramadan, esok.

Pelbagai persiapan dilakukan warga kota untuk menyambut 1 Ramdan, terutama dalam kalangan suri rumah atau kaum ibu yang keluar membeli barangan untuk menyediaka­n juadah bersahur dan berbuka.

Selain itu, peniaga juga turut melakukan persiapan dengan memastikan stok jualan seperti kurma, biskut dan baju raya untuk menyambut Aidilfitir­i dalam jumlah mencukupi serta sudah diterima daripada pembekal.

Peniaga kurma yang juga pengusaha kendera saji, Mohd Hanafi Hassan, 27, berkata, menjelang Ramadan jumlah keuntungan diperoleh lebih tinggi berbanding hari biasa.

“Pada hari biasa, pendapatan kami mencecah RM10,000 untuk seluruh kawasan, Alhamdulil­lah menjelang Ramadan ini ia meningkat dua kali ganda.

“Mungkin kerana kebiasaan orang ramai yang sudah sinonim apabila puasa mesti ada kurma menyebabka­n permintaan agak menggalakk­an,” katanya.

Bagi penjual biskut, Norul Huda Abdul Hadi, 40, berasal dari Pahang berkata, meskipun Ramadan belum bermula, jualannya meningkat dan di luar jangkaan.

Sehingga semalam, jumlah tempahan diterima Norul Huda sudah mencapai 6,000 balang. Berikutan itu, dia terpaksa mengupah pembantu untuk melancarka­n urusan penjualan.

“Tempahan dijangka lebih memberangs­angkan, menjelang

Aidilfitri. Saya memulakan perniagaan ini menggunaka­n wang bantuan

Baitulmal berjumlah

RM3,000.

“Alhamdulil­lah perniagaan kini bertambah maju dan saya berhasrat membuka sebuah kios selepas Aidilfitri nanti,” katanya.

Sementara itu peniaga kurma di Masjid India, Arif Juana, 20, berkata, dia menawarkan pelbagai jenis kurma yang diimport dari negara Arab.

“Setiap rumah wajib ada kurma. Umat Islam mengikut Sunah Nabi Muhammad SAW yang menjamah kurma ketika berbuka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia