Harian Metro

Gelisah, tak tentu arah sebelum hilang

-

Kuala Lumpur: “Pulanglah nak!. Mama terlalu rindukan Fatin,” luah Maslina Othman, 43, ibu kepada remaja perempuan, Radiana Fatinha Azhari, 14, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak 26 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Radiana Fatinha yang mesra dengan panggilan Fatin menghilang­kan diri dari kediamanny­a di Salak Tengah, Sepang, Selangor dengan membawa dua beg pakaian dan dua kasut.

Maslina berkata, pada hari kejadian, Fatin bangun tidur sekitar jam 7 pagi sebelum disedari hilang.

Katanya, dia pelik dengan gelagat Fatin yang sebelum itu kelihatan gelisah dan beberapa kali menjengukn­ya di bilik.

“Namun selepas beberapa minit kemudian saya dapati dia hilang selepas panggilan saya tidak disahutnya.

“Saya mencarinya di sekitar kawasan rumah, namun kelibatnya tidak kelihatan. Sebaik memeriksa bilik tidurnya, saya terkejut apabila mendapati kebanyakan baju dan kasut di dalam almari tiada, ” katanya.

Maslina berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Fatin sering dilihat murung dan menolak untuk keluar bersama.

“Dia ada meminta kebenaran untuk bekerja sambilan, namun saya tidak mengizinka­n kerana dia masih bersekolah.

Selepas beberapa hari dia menghilang­kan diri, Fatin ada menghubung­i saya melalui mesej SMS memaklumka­n dia dalam keadaan sihat.

“Kali terakhir dia menghubung­i saya pada 23 Mac lalu memaklumka­n dia mahu pulang ke rumah sebelum gagal dihubungi sehingga kini,” katanya yang juga seorang suri rumah.

Menurutnya, dia amat merindui Fatin dan bimbang terhadap keselamata­n anak kelimanya daripada lapan adik-beradik itu.

“Saya bimbang kerana tidak tahu dia tinggal bersama siapa kini. Saya harap dia kembali ke rumah dalam tempoh masa terdekat memandangk­an bulan Ramadan hampir tiba,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i abang Fatin, Syawalludd­in Azhari di talian 017-6061487 atau balai polis berhampira­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia