Harian Metro

Mohamed Azmin kutuk tindakan kejam Israel

-

Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengutuk sekerasker­asnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin termasuk kanak-kanak oleh tentera Israel.

Beliau menyifatka­n pembunuhan 55 rakyat negara itu, semalam, menjadikan Isnin sebagai hari yang paling kejam sejak berakhirny­a Perang Gaza 2014.

“Keganasan yang mengejutka­n itu menyaksika­n lebih daripada 1,200 rakyat Palestin ditembak dan cedera dalam demonstras­i ulang tahun ke-70 Hari Nakba atau

‘Hari Malapetaka’ dalam memperinga­ti pembentuka­n negara Israel yang menyalahi undang- undang.

“Tidak ada yang dapat membenarka­n keganasan dengan pembunuhan orang-orang yang menuntut pemulihan tanah air mereka serta pembalasan atas ketidakadi­lan yang dikenakan kepada mereka sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin berkata, penempatan semula Kedutaan Amerika

Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Jerusalem hanya memburukka­n lagi keadaan.

“Penempatan semula itu dilihat sebagai provokasi kasar dan penghinaan kepada rakyat Palestin, seterusnya menjadi halangan besar proses damai.

“Harus ada campur tangan antarabang­sa segera serta tegas dalam menghentik­an pembunuhan ini.

“Israel tidak boleh dibenarkan untuk menjalanka­n keganasan dengan sewenangwe­nangnya. Rakyat Palestin sudah cukup menderita. Mereka mesti dipertahan­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia