Harian Metro

Tiga jaga direman

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Bantu siasatan wang tunai RM2.5 juta dikebas pengurus

Tiga pengawal keselamata­n sebuah syarikat sekuriti yang dirompak pengurus syarikat itu awal pagi kelmarin ditahan reman polis untuk siasatan.

Tindakan diambil bagi memastikan semua mereka tidak bersubahat dalam kejadian rompakan wang tunai sebanyak RM2.5 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketiga-tiga pengawal keselamata­n berusia 30-an itu direman dua hari bermula semalam hingga hari ini bagi membantu siasatan.

“Kami menahan ketiga-tiga pengawal keselamata­n itu bagi membantu siasatan kes itu.

“Pada masa sama, gerakan memburu suspek, Mohd Hafizan A Aziz, 38, yang juga kakitangan di syarikat kawalan keselamata­n itu giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i pegawai penyiasat Inspektor Jegathiswa­ren Ganesan di talian 010-9671818 atau tampil di balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, suspek yang juga pengurus syarikat melarikan wang tunai RM2.5 juta yang diletakkan di sebuah bilik kebal di sebuah syarikat kawalan keselamata­n di Sungai Dua, Rawang, Gombak.

Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat syarikat terbabit, lelaki itu dikatakan mengejutka­n tiga pengawal keselamake­bal

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia