Harian Metro

Atlet triatlon tanpa dua kaki

- Mahaizura Abd Malek mahaizura@hmetro.com.my

 Semangat OKU di luar negara beri inspirasi Mohamad Sharifuddi­n hilang anggota dalam nahas

Nahas jalan raya yang menyebabka­n kedua-dua kakinya dipotong tujuh tahun lalu tidak sedikit pun menjejaska­n kehidupan Mohamad Sharifuddi­n Ezham, 32, sebaliknya lelaki itu sentiasa positif dan bersemanga­t dalam memburu impiannya untuk bergelar atlet triatlon.

Baginya tidak ada faedah jika berterusan meratapi nasib menimpa dirinya berikutan itu Mohamad Sharifuddi­n, mengambil keputusan untuk aktif dalam sukan dengan menjadikan maraton berkerusi roda sebagai permulaan.

Siapa yang menyangka, biarpun kekurangan daripada aspek fizikal bapa kepada anak berusia enam tahun itu amat aktif dalam sukan maraton berkerusi roda.

Setakat ini, jurutera telekomuni­kasi itu menyertai lebih 10 acara maraton membabitka­n perlumbaan sejauh 21 kilometer (km) hingga 50km yang diadakan di seluruh negara.

Dia yang menetap di Shah Alam, Selangor berkata, pembabitan­nya dalam maraton membakar semangatny­a untuk terus maju dan sekarang ini Mohamad Sharifuddi­n giat belajar berenang.

Katanya, jika sudah benar-benar mahir dia akan beralih kepada sukan berbasikal bagi mencapai misinya bergelar atlet triatlon.

“Apa yang saya lakukan sekarang adalah sebahagian daripada persediaan untuk menjadi atlet triatlon yang perlu menguasai ketiga-tiga disiplin berkenaan.

“Mungkin saya ambil masa sedikit, berikutan kekangan masa dan bergerak sendiri tanpa sokongan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Mohamad Sharifuddi­n berkata, dia menjadikan semangat orang kurang upaya (OKU) di luar negara sebagai inspirasi untuk melakukan apa saja aktiviti diminati tanpa dibatasi kekurangan fizikal.

“Antara OKU di luar negara yang saya kagumi adalah Andre Kajlich. Fizikalnya sama seperti saya, namun aktif dalam sukan lasak termasuk triatlon, perlumbaan berkerusi roda, basikal khas dikayuh menggunaka­n tangan dan berkayak.

“Melihat keazaman Andre, saya berbisik di dalam hati, jika dia boleh mengapa saya tidak berani untuk mencuba. Bagi saya sukan ini macam terapi diri, pada hari pertanding­an tidak ada jurang antara OKU dengan individu normal.

“Jika kita ada kemahuan dan kental kejayaan pasti datang. Berikutan itu kekurangan diri bukan batasan kerana yang penting adalah semangat,” katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan dia menyertai maraton untuk menguji tahap keupayaan dan staminanya sebelum lebih serius dalam sukan triatlon.

Katanya, penyertaan pertamanya dalam maraton berkerusi roda adalah pada 2014 dengan jarak perlumbaan hanya 5km saja.

“Alhamdulil­lah setakat ini, saya berjaya menamatkan enam acara

(21km), dua

(42km) dan tiga

(50km),” katanya.

Menceritak­an pengalaman hitamnya Mohamad Sharifuddi­n berkata, dia terbabit kemalangan jalan raya ketika berbasikal seorang diri pada Disember 2011.

“Ketika itu usia saya baru 25 tahun, pada hari kejadian saya dirempuh lori lima tan datang dari arah belakang berikutan pemandunya gagal memberhent­ikan kenderaan berat terbabit di persimpang­an lampu isyarat.

“Kaki saya digilis dan cedera parah hingga terpaksa dipotong dari paras lutut ke bawah bagi sebelah kanan. Bagi sebelah kiri pula dari pangkal paha ke bawah.

“Saya reda dengan takdir Allah, namun saya tidak mahu menjadikan kekurangan ini sebagai penamat hidup sedangkan ada pilihan untuk menikmati kehidupan sama rata macam orang normal,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Sharifuddi­n tidak patah semangat jalani hidup aktif seperti orang normal dengan menyertai aktiviti maraton menggunaka­n kerusi roda.
MOHAMAD Sharifuddi­n tidak patah semangat jalani hidup aktif seperti orang normal dengan menyertai aktiviti maraton menggunaka­n kerusi roda.
 ??  ?? ANTARA maraton yang disertai Mohamad Sharifuddi­n.
ANTARA maraton yang disertai Mohamad Sharifuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia