Harian Metro

Suami mahu jumpa anak dulu

- Iskandar Shah Mohamed, Syarrizuan Abdul Rashid dan Syafil Syazwan Jefri cnews @nstp.com.my

anaknya yang tidak ditemui sejak Mac lalu.

Laporan penyanyi Madah Berhelah itu antaranya menyatakan isu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera membabitka­n anak mereka.

Pada 3 April lalu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Syariah di sini, namun Armin dikatakan tidak bersetuju melafazkan cerai dan meminta kes itu dibawa ke Jawatankua­sa Pendamai.

Sementara itu, Ziana ketika ditemui berkata, dia hanya mengikut prosedur ditetapkan polis yang tidak membenarka­n semua anak mereka menemui Armin sepanjang kes perbicaraa­n.

“Saya bukannya zalim dan tidak mahu membenarka­n dia berjumpa anak. Namun, saya perlu mematuhi arahan polis kerana mereka menjadi saksi kes penderaan seorang daripada anak kami.

“Kini, saya lebih tenang dan berharap memperoleh keputusan yang baik oleh mahkamah bulan depan,” katanya.

Awal Mac lalu, Armin yang juga bekas pramugara kanan sebuah syarikat penerbanga­n mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan pindaan sengaja menyebabka­n kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya menggunaka­n rotan di sebuah rumah di Denai Alam, 24 Februari lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan bagi membantu siasatan.

Pasangan yang bernikah pada Mei 1998 itu dikurniaka­n empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

 ?? Ziana ?? Saya bukannya zalim dan tidak mahu membenarka­n dia berjumpa anak. Namun, saya perlu mematuhi arahan polis kerana mereka menjadi saksi kes penderaan seorang daripada anak kami”
ZIANA ditemani Anuar ketika hadir pada prosiding semalam.
ARMIN
Ziana Saya bukannya zalim dan tidak mahu membenarka­n dia berjumpa anak. Namun, saya perlu mematuhi arahan polis kerana mereka menjadi saksi kes penderaan seorang daripada anak kami” ZIANA ditemani Anuar ketika hadir pada prosiding semalam. ARMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia