Harian Metro

Armin kekal pengakuan tak bersalah

-

Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 28 Jun ini sebagai tarikh sebutan bagi mendengar laporan Jawatankua­sa Pendamai berhubung kes perceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, enggan melafazkan talak secara baik kerana mahu menemui semua anaknya.

“Berikutan faktor itu (anak), saya beranggapa­n kamu sebagai defendan (Armin) tidak bersetuju untuk melafazkan talak terhadap plaintif (Ziana).

“Justeru, mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, saya akan mengagihka­n laporan kedua-dua pihak kepada Jawatankua­sa Pendamai yang dipengerus­ikan Pejabat Agama Daerah Petaling.

“Perkara berkaitan hak penjagaan anak pula perlu dilakukan di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.

Pada prosiding itu, Ziana turut diwakili adiknya yang juga penyanyi, Anuar Zain, manakala Armin diwakili rakannya, Azizi Yaakob.

Terdahulu, Armin memberitah­u mahkamah mahu melafazkan cerai namun memerlukan persetujua­n bersama berkaitan semua Shah Alam: Suami penyanyi, Ziana Zain, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan pindaan kerana menyebabka­n luka dan lebam ke atas anak lelakinya pada 24 Februari lalu.

Tertuduh, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Armin didakwa dengan sengaja menyebabka­n luka dan lebam ke atas anak lelakinya berusia sembilan tahun dengan menggunaka­n rotan di bahagian tangan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, Armin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada 8 Mac lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi kes berkenaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tertuduh diwakili peguam Nurul Fadzlinda Ibrahim dan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Turut hadir ketika prosiding berkenaan, peguam pemerhati yang dilantik Ziana, Luqman Mazlan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 28 Mei ini bagi serahan dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia